suria

Isteri masih belum biasa berdepan ‘dunia’ Haqiem Rusli, tak selesa kehidupan peribadi jadi perhatian

Haqiem nasihat isteri agar tidak menghiraukan kecaman di media sosial.

ISTERI penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea masih kekok menyesuaikan diri dengan kehidupan dikelilingi peminat meskipun sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 25, berkata, perhatian diberikan peminat terhadap setiap gerak-geri mereka adalah sesuatu baharu dan menjadi tugasnya melindungi Sofea.

"Dalam tempoh dua tahun ini apa yang kami lalui agak mencabar. Mungkin saya sudah biasa mendapat perhatian tetapi bukan isteri saya.

haqiem rusli 2

Haqiem sudah lali dengan kecaman netizen di media sosial.

"Jadi saya selalu beritahu diri sebagai suami saya akan sentiasa menjadi pelindung dalam hubungan kami," katanya kepada mStar.

Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun kedua mereka pada 19 November lalu.

Dalam pada itu, Haqiem berkata, mereka juga tidak terlepas daripada kecaman apabila ramai kurang senang melihat kebahagiaan dikecapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna perkataan ‘kami’ bukan bakal timang anak, Haqiem Rusli akan maklum jika isteri hamil

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup ini bukan semata-mata di media sosial” - Haqiem Rusli jawab rumah tangga bermasalah, pilih diam selagi tak mudarat

Malah Haqiem turut dikritik hebat susulan tindakan Sofea yang tidak lagi memakai tudung baru-baru ini.

"Kalau ada yang bercakap buruk tentang kami di sosial media kami tidak pernah ambil peduli. Saya biarkan sahaja apa mereka nak kata.

"Bagi saya selagi tiada tindakan berbentuk fizikal atau mengeluarkan kata-kata kesat secara bersemuka, ia bukan satu masalah besar," ujarnya.

Kalau ada yang bercakap buruk tentang kami di sosial media kami tidak pernah ambil peduli

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Di sebalik setiap kata-kata buruk yang dilemparkan, Haqiem dilihat cukup matang mempertahankan isterinya itu.

Dalam masa sama pasangan ini juga tidak terlepas dari soalan orang keliling yang sering bertanya tentang zuriat.

Akui ia sedikit menjengkelkan, Haqiem bagaimanapun berterima kasih atas setiap doa agar mereka segara dikurniakan cahaya mata.

haqiem rusli 3

Haqiem dan Sofea baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan kedua mereka.

"Isteri saya pun tidak pernah terasa hati apabila ramai yang bertanya tentang anak. Cuam kami rasa agak sedikit mengjengkelkan apabila banyak kali bertanya perkara sama.

"Terima kasih yang bertanya kerana kami percaya itu tanda prihatin dan doa mereka," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain