suria

Siti Nordiana hilang suara, doktor pakar nasihat jangan bercakap... Perbicaraan kes saman 5 sekawan ditangguhkan

Siti Nordiana mengalami masalah hilang suara sejak seminggu lalu.

PERBICARAAN kes saman Siti Nordiana terhadap lima sekawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa ditangguhkan susulan penyanyi berkenaan sukar untuk bercakap.

Peguam yang mewakili penyanyi itu, Abang Azlan Abang Ariffin memberitahu keputusan itu turut mendapat persetujuan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan yang mendengar kes berkenaan.

"Siti Nordiana mengalami kesukaran bercakap dan sudah pun mendapat sijil cuti sakit daripada hospital kerajaan.

"Kes hari ini (Selasa) mendapat kebenaran untuk ditanggukan oleh hakim dan akan bersambung semula pada esok pagi (Rabu)," katanya ketika ditemui mStar.

nana1 - 1

Nana berkomunikasi menggunakan telefon dengan peguamnya.

Sementara itu, pengurusnya Mohamad Al Anas Osman, 39, memberitahu penyanyi tersebut berdepan masalah suara sejak minggu lalu dan keadaannya semakin parah pada pagi Selasa.

Anas berkata, Siti Nordiana atau Nana juga diberikan cuti sakit selama 11 hari selepas berjumpa dengan doktor pakar.

Tambahnya, penyanyi itu juga tidak digalakkan untuk berkomunikasi secara lisan bagi memastikan keadaannya pulih dengan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana tidak terpalit kontroversi, mudah bekerjasama dengan wartawan dedah bekas editor hiburan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus dedah rupanya dah banyak kali 5 sekawan buat ‘live’ sindir Siti Nordiana

"Sudah seminggu Nana tidak ada suara. Sekarang masih menerima rawatan di hospital. Atas nasihat pakar, Nana tidak boleh bercakap.

"Nana hanya akan berkomunikasi menggunakan telefon ataupun bahasa isyarat," ujarnya.

Sementara itu, Anas turut meminta peminat mendoakan kesihatan penyanyi itu agar kembali pulih dan boleh mengadakan persembahan dengan baik di peringkat separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Ahad ini.

Dia masih lagi dalam rawatan dan mengambil segala ubat yang diberikan. Insya-Allah doakan Nana kembali sihat.

MOHAMAD AL ANAS OSMAN

PENGURUS SITI NORDIANA

"Dia masih lagi dalam rawatan dan mengambil segala ubat yang diberikan. Insya-Allah doakan Nana kembali sihat," katanya.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Siti Nordiana

Siti Nordiana sudah berjumpa dengan doktor pakar bagi memeriksa masalah vokal dialaminya.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini didengar hakim Mahkamah Tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain