SERING menerima mesej berbaur lucah selepas berkongsi aktiviti di gimnasium, pelakon Atiq Azman sekali lagi memberi amaran kepada individu yang berterusan menganggunya. Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 23, tegas meminta supaya netizen berhenti daripada menghantar mesej atau komen yang boleh mengundang fitnah terhadap dirinya. "Bolehkah kamu semua berhenti dengan mentaliti yang bodoh seperti ini? Gim hanyalah sebahagian daripada hobi saya, dan itu sahaja. Atiq ketika melakukan aktiviti di gim. "Jika awak tiada perkataan yang baik untuk berkata-kata, jadi teruskan diam. "Saya tidak perlukan pendapat awak dan tolong simpan kebodohan awak untuk masa depan sendiri," katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Rabu. Dalam perkongsian yang lain, Atiq turut mendedahkan paparan skrin mesej kurang sopan yang diterima daripada netizen di Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Matang, tak mudah cemburu... Atiq Azman mahu wanita lebih berusia jadi pasangan ARTIKEL BERKAITAN: Makin sado! Atiq Azman tayang badan, belanja ‘six pax’ buat peminat tak keruan Malah, ada yang tergamak menuduh Atiq berkongsi video bersenam di gim kerana ingin menarik perhatian lelaki homoseksual. Menjawab mengenai perkara itu, Atiq berkata niatnya membuat hantaran tersebut bertujuan memberikan motivasi kepada mereka yang ingin memulakan gaya hidup sihat. "Video yang saya siarkan itu adalah khusus untuk mereka yang berminat untuk menontonnya. Atiq suka pergi ke gim untuk bendapat bentuk badan yang cantik. "Ini kerana saya menjangkakan ia membantu mereka dari segi memberi motivasi untuk memulakan kehidupan yang sihat," ujarnya. Atiq sebelum ini sering kali mendapat perhatian netizen apabila dikatakan selalu menunjukkan tubuh badannya yang sasa. Ada juga individu yang mendakwa Atiq menjalinkan kegiatan songsang dan tidak meminati perempuan. Bagaimanapun, Atiq menjawab dakwaan itu dan dia tidak teragak-agak untuk menyaman mana-mana individu yang memberikan tuduhan tidak berasas itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!