MELAMPAU! Tindakan seorang netizen bertanyakan soalan mengenai penceraian mengundang rasa kurang senang pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Berang dengan soalan yang diajukan itu, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, meminta supaya individu menggunakan nama Mira itu untuk keluar daripada siaran langsung yang dilakukan di apilkasi TikTok itu. Malah, Wawa menyifatkan individu yang menulis soalan tersebut sebagai individu bermulut jahat. Wawa bahagia bersama Aeril. "Aiyo, jahatnya mulut. Mira, awak tidak layak berada di dalam siaran langsung ini. Sila keluar okay," katanya. Rakaman video pertanaan wanita itu di kongsi semula pengguna akaun @wawacosmetics.my pada Rabu. Dalam sedutan klip itu juga Aeril dilihat terkejut dengan soalan yang diajukan netizen berkenaan. Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa puas hati dengan respons diberika Wawa dan Aeril. ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal berani labur jutaan ringgit untuk ‘Big Stage’, jadi artis pertama taja program nyanyian ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal terkejut dituduh potong gaji pekerja, stres nama kena petik... “Kami kerap bagi staf bonus” "Puas hati dengar apa yang Wawa cakap dekat Mira. "Terkejut dengan reaksi Wawa, padan muka si Mira tu. "Padan muka kau Mira. Kau lupa yang kau tengah bertanya dekat orang Sabah," kata mereka. Malah, peminat juga mendoakan agar perkara itu tidak menjadi realiti. Wawa dan Aeril dikurniakan empat cahaya mata. "Saya minat mereka berdua. Semoga berkekalan. "Semoga kamu berdua bahagia sehingga ke syurga dan dimurahkan rezeki," tulis netizen. Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, 3, dan Muhammad Fahri yang berumur dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!