suria

Berani komen jahat tapi tak tunjuk muka... Aeril dan Wawa ‘sound’ netizen sentuh isu sensitif, enggan jadi mangsa buli siber

Aeril dan Wawa tidak kan berdiam jika ada netizen yang bercakap buruk tentang mereka.

PASANGAN selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tegas menegur segelintir netizen yang dilihat meninggalkan komen keterlaluan di media sosial.

Kata Aeril atau Suhairil Sunari, 35, dia enggan menjadi mangsa buli siber sekiranya perkara tersebut dibiarkan berlarutan.

"Kita kena tegas supaya tidak jadi mangsa buli siber di media sosial. Sesekali apabila ada yang komen jahat, kita kena tegur.

wawa 1

Aeril dan Wawa beri amaran kepada netizen yang berani komen negatif.

"Mereka yang berani komen sebegitu pun selalunya tak berani nak tunjuk wajah di profil media sosial. Kebanyakannya hanya akaun palsu," katanya kepada mStar.

Pasangan ini ditemui ketika majlis pra pelancaran filem terbitan syarikat mereka Respected Citizen Sdn Bhd yang berjudul Klepet pada Rabu.

Sebelum ini dalam satu sesi live di sosial media miliknya seorang pengikut secara sengaja bertanya tentang hubungan mereka dan berharap kedua-duanya akan bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau netizen mulut jahat tanya ‘bila nak cerai?’, sekali ini jawab Wawa Zainal dan Aeril Zafrel!

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal terkejut dituduh potong gaji pekerja, stres nama kena petik... “Kami kerap bagi staf bonus”

Membaca komen tersebut Wawa secara spontan menggelar wanita yang memberi komen itu sebagai sundal.

Bagi Aeril dia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mempersoalkan hubungan mereka kerana ia adalah isu sensitif.

"Kalau dia nak kata saya buruk atau Wawa tak cantik, mungkin kami berdiam. Itu tak jadi satu isu.

Sesekali apabila ada yang komen jahat, kita kena tegur

AERIL ZAFREL

PELAKON

"Tetapi apabila melibatkan isu hubungan suami isteri ini tak mungkin saya berdiam. Ia satu isu sensitif,” ujarnya.

Sementara itu Wawa turut menasihatkan pengikut-pengikut di media sosial supaya menjaga kata-kata mereka.

Wawa 11

Aeril bersama isteri dan anak-anaknya.

Bagi Wawa komen-komen keterlaluan tidak seharusnya menjadi tatapan umum yang boleh dibaca banyak pihak.

“Kalau boleh cakap perkara yang baik-baik. Saya tegur sebelum ini supaya tiada orang lain yang buat perkara sama,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan