STESEN radio Suria FM berjaya mengekalkan catatan jumlah masa mendengar tertinggi antara empat stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 6 jam 37 minit sekali gus mencatat sebanyak 3.2 juta jumlah pendengar mingguan. Keputusan ini diperoleh berdasarkan kaji selidik yang dilakukan GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2 2023. Segmen kelolaan penyampai radio DJ Lin iaitu Suria Cinta masih mengungguli takhta apabila mencatatkan jumlah masa mendengar mingguan tertinggi selama 3 jam 5 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat bermula pukul 8 malam hingga 1 pagi. DJ Lin anggap catatan terbaharu sebagai hadiah ulangtahun Suria FM. Apa yang lebih membanggakan, segmen yang dihoskan oleh penyampai radio Cik Piah, Gaya Suria dan Muzik Top Suria serta Suria Petang kelolaan Sharifah Shahirah dan Tyzo turut berjaya meraih jumlah masa mendengar mingguan tertinggi di antara empat stesen radio berbahasa Melayu. Manakala, gabungan Ajak, Shuib dan Suraya menerusi Morning Morning Suria merekodkan jumlah masa mendengar kedua tertinggi sebanyak 2 jam 22 minit. Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, 48, meluahkan rasa syukur di atas kejayaan ini dan mengucapkan terima kasih buat semua pendengar yang sentiasa memberikan sokongan terhadap mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM dan Era cipta sejarah! Segmen pagi bergabung 23 Oktober, catat dalam Malaysia Book of Records ARTIKEL BERKAITAN: Shuib dan Azad bangga satu konti, gabungan segmen pagi Suria FM dan Era bukti tak bermusuh Suria FM juga berjaya membuktikan kedudukannya sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai apabila platform digital Suria iaitu media sosial Suria Malaysia dan YouTube Suria TV berjaya meraih hampir tiga juta pengikut. "Suria FM baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 24 November lalu dan keputusan bagi Wave 2 2023 ini merupakan hadiah bermakna buat kami. "Terima kasih kepada semua pendengar yang masih menyokong dan memilih Suria sebagai radio pilihan dan menjadikan kami kekal relevan di industri radio sehingga kini," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!