SELEPAS empat hari, penyanyi Siti Nordiana masih lagi tiada suara untuk bercakap sekali gus mengganggu persediaan pentas separuh akhir All Stars Gegar Vaganza(ASGV) yang bakal berlangsung Ahad ini. Menurut pengurusnya iaitu Mohamad Al Anas Osman, 39, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana berdepan cabaran apabila sesi latihan tergendala disebabkan masalah tersebut. Namun sebagai persediaan mereka tetap melakukan latihan demi persediaan minggu separuh akhir itu. Nana ditemani pengurus bagi memudahkan urusannya. "Kesihatan Nana sekarang ini masih lagi dalam rawatan, latihan untuk GV juga terbantut sebab kita fokus kepada mahkamah. "InsyaAllah mula hari Khamis dan esok lusa dia akan fokus kepada separuh akhir ASGV. "Sejak hari Isnin sehingga Khamis memang tiada latihan sebab tiada suara," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana dakwa ada rakan artis jauhkan diri selepas ‘live’ 5 sekawan ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana hilang suara, doktor pakar nasihat jangan bercakap... Perbicaraan kes saman 5 sekawan ditangguhkan Dalam pada itu, Anas yakin Nana tetap bersemangat dan akan memberikan persembahan terbaik Ahad ini. "Saya percaya dia okay tiada masalah... yang penting semangat kena ada. InsyaAllah semuanya akan okay. "Untuk persiapan akhir, saya dan pasukan sudah bersedia terutama dari segi persembahan... tinggal perlaksanaan dia sahaja untuk Ahad nanti. Nana terpaksa berkomunikasi menggunakan telefon. "Cuma mengharapkan vokal Nana kembali pulih pada malam itu nanti," katanya lagi. Sebelum ini, Nana diberikan cuti sakit selama 11 hari selepas disahkan mengalami masalah suara sejak minggu lalu. Akibat masalah itu, Nana terpaksa memberikan keterangan dan menjawab soalan secara bertaip ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang Khamis berkaitan kes saman terhadap lima sekawan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!