SELEPAS tiga tahun bergelar ibu tunggal, balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah akhirnya terbuka hati untuk menerima orang baharu dalam hidupnya. Selepas membuat pendedahan didekati beberapa lelaki, Hidayah atau Nor Hidayah Mohd Ali, 31, berkata dia kini sudah bersedia menerima kehadiran seorang lelaki untuk dijadikan suami. Hidayah bagaimanapun berkata arwah Abam tetap mempunyai tempat istimewa dalam hidup dan dirinya. Luahan hati Hidayah mengenai kebahagiaan dirinya. "Jika ada jodoh yang terbaik untukku, aku terima dan bimbingku dijalan-Mu Ya Allah. "Cinta pertama dan cinta syurgaku... suamiku," katanya. Hidayah berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang memaparkan dirinya berada di atas pelamin. Kata Hidayah, dia tidak meletakkan sebarang syarat sebaliknya cukup menerima dirinya dan juga anak lelakinya iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam sibuk urus bisnes tak terfikir soal jodoh, sebak Hamzah dah pandai jawab ‘ayah saya dekat syurga’ ARTIKEL BERKAITAN: “Hutang wajib dibayar” - Balu Allahyarham Abam belum terima ganti rugi, desak Ali Puteh bayar RM76,000 "Aku tak memilih yang kaya cukup sayang aku dan anak aku seperti mana arwah suamiku sayang terhadap diriku dan anakku. "Al-Fatihah suamiku tercinta Syed Umar Mokhtar," kongsinya. Dalam perkongsian tersebut, Hidayah menanggap berkat doa orang ramai membuatkan perniagaannya berjalan dengan lancar sekali gus memberi keselesaan hidup pada anaknya. Menerusi temu bual bersama mStar pada Rabu, Hidayah memaklumkan ramai yang ingin mencuba nasib namun dia masih belum bersedia untuk berkahwin lagi. Antara kenangan Hidayah bersama arwah Abam. Bagaimanapun dia tidak menolak jika dipertemukan jodoh dengan mana-mana lelaki. Malah fokusnya kini menguruskan anak tunggal iaitu Hamzah dan perniagaannya. Untuk rekod Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 2017. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!