suria

Suami sokong karier seni Nabila Razali, bagi cadangan masuk banyak kelas nyanyian

Nik Iruwan galak Nabila pergi ke kelas vokal.

PENYANYI Nabila Razali berkata dia menerima sokongan penuh daripada suaminya iaitu Nik Iruwan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Mahu karier seni terus berkembang, Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, berkata suaminya ada memintanya untuk memasuki kelas nyanyian bagi menambah baik bakatnya itu.

"Dia (Nik) selalu cakap, jika awak mahu menjadi seorang penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri.

Nabila 2

Nik Iruwan tidak menghalang Nabila untuk meneruskan kariernya.

"Dia juga ada cakap supaya saya pergi kelas nyanyian sebanyak yang mungkin dan sentiasa bekerja keras. Itu yang dia tekankan," katanya kepada mStar.

Nabila berkongsi perkara itu semasa pelancaran single terbaharu berjudul Hanya Kamu dan kolaborasi tudung bersama jenama Nada yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini mendedahkan dia masih lagi menerima kecaman berhubung nyanyiannya.

Namun kini segala perasaan sedih yang ditanggung itu sudah boleh diluahkan kepada suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali rasa janggal disapa gelaran ‘puan’, baru sedar rupanya dah kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nik Iruwan cinta pertama Nabila Razali, pilih tema tradisional Jawa sebagai penghormatan kepada bapa

Bercakap mengenai karier seni, Nabila bersyukur kerana suami sentiasa memahami kesibukan jadualnya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

Malah, Nabila tidak merancang untuk menamatkan karier yang telah diceburi ini selepas bergelar isteri.

"Saya bersyukur sangat dapat seorang suami yang sangat memahami dengan kerjaya, masa dan juga cara saya bekerja.

Nabila 1

Nabila dan Nik Iruwan bernikah pada 18 November.

"Saya tidak mahu jadikan status ini sebagai satu alasan untuk tidak bekerja atau kurangkan pekerjaan.

“Rezeki ini datang dengan pelbagai cara, mungkin kurang berlakon tapi banyak menyanyi dan juga sebaliknya,"

Untuk rekod, Nabila sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada 18 November lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain