suria

Noh Salleh akhirnya dedah wajah Musa, bagi ucapan ‘birthday’ terlalu rindu anak

Noh berharap dapat bersatu kembali dengan anaknya.

PENYANYI Noh Salleh akhir berkongsi wajah anaknya, Musa selepas dua tahun merahsiakan kepada umum.

Menerusi perkongsian di Instagram, Noh atau Mohamad Noh Salleh, 38, berkongsi foto dirinya sedang mendukung Musa.

Dalam hantaran tersebut, Noh juga meluahkan rasa rindu pada Musa selain mengucapkan selamat ulang tahun buat anaknya itu.

553

Noh dan Mizz Nina ambil anak angkat sebelum berpisah.

Malah dia juga berharap agar suatu hari nanti dirinya dapat bersatu kembali dengan anaknya itu.

"Selamat hari jadi kedua Musa Mohammad Noh. Rindu benar bapak dengan kamu.

"Allah sahaja tahu betapa sakit menahan rindu mahu jumpa.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh terpaksa berebut anak dengan Mizz Nina, rakan pula dedah bakal tamat zaman duda

ARTIKEL BERKAITAN: Menjelang hari pernikahan, Noh Salleh perkenal tunang depan 500 peminat

"Semoga Allah satukan kita nanti jadi kamu dapat layanan seorang bapa yang betul," luahnya.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan bercerai pada Ogos 2022.

Pasangan berkenaan mengambil seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.

Pada September lalu Noh selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa.

Manakala Mizz Nina pula kembali mendirikan rumah tangga bersama bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) berketurunan Maghribi, Essam Muhammad pada suku kedua tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain