PELAKON Diana Rafar tidak menyangka program Pocket to Pocket Artis yang dianjurkan olehnya bersama suami iaitu Zamarul Hisham mendapat sambutan baik dalam kalangan selebriti yang ingin sama-sama memberi sumbangan. Meskipun niatnya itu baik, Diana atau Adiana Abdul Rafar, 42, bagaimanapun berkata ada juga rakan selebriti yang mempertikaikan usaha murninya itu. "Apabila saya mula berkongsi poster program ini ramai rakan artis yang menghubungi dan mahu sama-sama membantu. Ada antara mereka yang kesal kerana tidak diberitahu awal tentang program baik sebegini. Diana terharu dengan sambutan rakan selebriti untuk bantu artis veteran. "Dalam masa sama ada juga artis popular dan kaya yang pertikaikan niat ini. Katanya dia boleh berikan sendiri ikut keikhlasan hati tanpa sertai penganjuran program sebegini. "Bukan itu sahaja, ada pula yang sekadar mahu berikan produk. Untuk apa beri produk kalau ia mungkin tidak digunakan. Program ini untuk memberi kegembiraan buat rakan artis yang hadir selain membantu mereka," katanya kepada mStar. Diana memulakan inisiatf berkenaan sempena penganjuran program Selebriti Bersama Mufti yang turut mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sekuat rakan artis lain, Linda Hashim pilih diam ketika berdepan ujian cerai... Syukur jodoh masih panjang ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh dalam bilik air, bapa Zamarul Hisham meninggal dunia Acara yang dianjurkan di kediamannya baru-baru ini turut dihadiri oleh Mufti Selangor, Datuk Prof Madya Dr Anhar Opir yang turut mengadakan sesi berkongsi ilmu dengan tetamu yang tetamu pada majlis berkenaan. Tambah Diana, dia mendapat kerjasama baik daripada pelakon Zizan Razak yang juga merupakan jiran di kawasan kediamannya yang terletak di Shah Alam itu. "Rakan artis yang pertama saya hubungi adalah Zizan. Katanya dia sokong sepenuhnya program ini dan sedia memberi bantuan. Malah Zizan juga mengingatkan saya bahawa kami juga akan meningkat usia dan mungkin akan perlukan bantuan suatu hari nanti. Program ini untuk memberi kegembiraan buat rakan artis yang hadir selain membantu mereka DIANA RAFAR PELAKON "Apabila saya suarakan tentang hasrat bantuan ini, pihak LZS juga maklumkan Mila Jirin mahu sertai. Saya hubunginya dan dia terus minta senarai artis yang hadir untuk memberi sumbangan," ujarnya. Prihatin nasib golongan artis veteran, Diana berkata ini adalah salah satu cara untuk membantu mereka yang sedang berdepan kesukaran hidup akibat tiada pendapatan. "Kita tahu ramai artis-artis veteran ini sudah lama tidak bekerja dan tiada pendapat. Jadi program ini bagaikan gaji buat mereka. Apa salahnya sebagai artis muda kita sama-sama menghargai jasa mereka semua. Diana dan Zamarul mahu teruskan usaha bantu artis veteran. "Acara ini akan diteruskan lagi kerana saya mahu beri peluang kepada lebih ramai rakan artis untuk memberi sumbangan," jelas Diana. Pada acara berkenaan, Mila turut menyerahkan zakat pendapatan syarikatnya berjumlah RM365,268.73 kepada LZS. Selain Mila dan Zizan, pelakon Syatilla Melvin juga turut menyampaikan sumbangn peribadi buat artis-artis veteran yang hadir seperti Jalil Hamid, Wan Maimunah, Mak Jah, Harun Rashid serta Zaiton Sameon. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!