SUSULAN dikritik kerana aksi menari, pelakon Amir Ahnaf minta netizen buka minda bagi memahami kerjaya sebagai seorang artis. Mempertahankan tindakannya itu, Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 23, berkata, apa ditonjolkan adalah seni ekspresi fesyen berdasarkan karakter diberi. Pun begitu, Amir berkata, raut wajah kemelayuan yang dimilikinya turut menjadi faktor aksi tersebut tidak dapat diterima ramai. Amir sekali lagi mendapat perhatian netizen. "Saya mohon netizen untuk buka sedikit minda menerima seni ekspresi fesyen sebab yang berjoget depan kamera itu bukan Amir Ahnaf, itu hanya karakter yang saya bawa. "Mungkin juga sebab muka saya Melayu sangat agaknya. Cuba kalau muka 'jambu' saya rasa mesti netizen okay sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf kena kecam gara-gara luah hasrat kembang bakat ke Hollywood... "Saya ni hati tisu juga kadang-kadang" ARTIKEL BERKAITAN: Mahu cuba pelbagai watak, peminat boleh tonton sisi komedi Amir Ahnaf dalam 'Scammer Geng Marhaban' "Penggaya rambut pula menggayakan rambut saya ala-ala Korea sikit, jadi mungkin netizen tak boleh terima muka Melayu membawakan karakter seperti itu," katanya kepada mStar. Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk The Teh Tarix yang diadakan di Hotel W, Kuala Lumpur pada Ahad. Dalam pada itu, Amir tidak menyalahkan netizen kerana merasakan setiap individu berhak menyuarakan pendapat mereka. Mungkin juga sebab muka saya Melayu sangat agaknya. Cuba kalau muka 'jambu' saya rasa mesti netizen okay saja. AMIR AHNAF PELAKON "Itulah cara saya bekerja tapi apa yang saya boleh katakan semua orang ada perspektif masing-masing. Mereka boleh lontarkan pendapat sendiri. "Tak salah untuk bersuara tetapi cuba untuk buka sedikit minda untuk berfikir ke arah seni. Barulah tidak nampak seperti kita ini tidak tahu apa-apa," ujarnya. Amir terbuka dengan pendapat dilontarkan netizen. Sebelum ini, Amir menerima kecaman netizen kerana keberaniannya mengenakan jaket denim tidak berbutang sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya. Video tarian tersebut dimuat naik dalam aplikasi TikTok dengan berkongsi 'bucket list' yang berjaya dipenuhi iaitu melakukan terjunan udara. Pun begitu, aksi tarian Amir menjadi perhatian netizen apabila aktor berkenaan dikatakan seolah-olah meniru gaya anggota kumpulan BTS, Jungkook dalam sebuah rakaman video bersama jenama fesyen terkemuka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!