suria

Video nyanyi ‘La Bamba’ 7 tahun lalu tersebar, Azharina kumpul bukti dan jumpa peguam

Azharina tidak akan berdiam terhadap individu yang cuba mencemarkan nama baiknya.

PENYANYI Azharina tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video dia menyanyikan lagu berjudul La Bamba di hadapan sebuah pusat beli-belah sekitar tujuh tahun lalu.

Azharina atau Azharina Azhar, 38, berkata, dia sudah berbincang dengan peguam dan tindakan susulan akan diambil sekiranya individu berkenaan terus berniat tidak baik terhadapnya.

"Saya sudah berbincang dengan peguam dan bukti semuanya sudah ada. Kalau dia terus lakukan apa yang dibuat sekarang, saya akan ambil tindakan undang-undang kerana ia sudah berlebihan.

azharina 3

Azharina sudah mendapatkan nasihat peguam untuk ambil tindakan lanjut.

"Tindakan dia memuat naik video itu mungkin ada niat tidak baik terhadap saya," katanya kepada mStar.

Video berkenaan tular selepas Azharina mendakwa tidak pernah menyanyikan lagu nyanyian asal Ritchie Vallens itu sebelum persembahannya di minggu kesepuluh All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Azharina menjawab 'tidak' apabila ditanya ketua juri ASGV iaitu Datuk Ramli MS sama ada dia pernah atau tidak menyampaikan lagu tersebut dalam mana-mana acara sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nampak sihat tapi rupanya Azharina sedang derita penyakit bahaya

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Persembahan dapat kritikan, Azharina menangis minta maaf pada guru - “Saya tak mahu jadi penyanyi bodoh”

Menjelaskan perkara itu, Azharina berkata, sukar baginya mengingati semua lagu yang pernah dinyanyikan kerana terlalu banyak terlibat dengan persembahan pentas.

"Ketika itu (minggu 10 ASGV) saya di atas pentas dan disoal bertubi-tubi. Mana boleh saya ingat... Boleh ke saya ingat kalau sudah menyanyi di banyak acara persembahan.

Tindakan dia memuat naik video itu mungkin berniat tidak baik terhadap saya.

AZHARINA

PENYANYI

"Kalau lihat semula video berkenaan, lirik yang saya nyanyi pun tidak betul. Sehinggalah saya mendapat tugasan di ASGV barulah saya belajar untuk menyebut lirik dengan betul.

"Saya menyanyi lagu itu secara spontan sekitar enam atau tujuh tahun lalu, ketika itu saya dijemput untuk menyanyi bersama kumpulan buskers bagi kutipan dana," ujarnya.

Tambah Azharina, dia tidak mengenali individu berkenaan namun percaya dalang di sebalik penyebaran video tersebut adalah seorang kelab peminat artis.

azharina 2

Azharina akui tidak ingat kali terakhir dia menyanyikan lagu La Bamba.

"Saya tahu dia admin kepada kelab peminat artis. Saya tahu apa yang dia tulis dan ada orang-orang terdekat saya sudah kumpulkan bukti.

"Walau dia tidak menyebut nama tapi saya tahu dia mengaitkan saya apabila bercakap tentang lagu itu.

Saya tidak mahu bercakap banyak tentang perkara ini dan serahkan kepada orang lebih arif untuk menguruskan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain