suria

Kereta Roy Azman terbakar, hon pengguna jalan raya selamatkan nyawa - “Tak nampak api menyala bahagian bawah”

Kereta yang dipandu Roy terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

PELAKON Roy Azman berkongsi detik cemas apabila kereta dipandunya terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menikmati makan malam bersama isteri serta anak bongsu pada malam Ahad.

Roy atau Zairosminan Abdul Rahman, 53, berkata, mereka bagaimanapun sempat keluar daripada kenderaan selepas ada pengguna jalan raya lain memberi amaran keretanya sedang terbakar.

"Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sekitar pukul 11 malam, ada kereta memberikan hon memaklumkan kereta saya terbakar tetap saya tidak nampak sebab api menyala di bahagian bawah kenderaan.

roy azman 2

Keadaan kereta Roy selepas hangus terbakar.

"Apabila sedar kejadian itu, nak berhenti pun tak boleh kerana brek pula tidak berfungsi... Mujur brek tangan berfungsi.

"Syukur isteri dan anak bongsu sempat lari keluar daripada kereta," katanya.

Roy menceritakan perkara itu menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial miliknya pada pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bagi ‘gift’ sampai RM3 juta? Azlee Senario terkejut baca berita, baru 2 minggu guna live di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza belum sedar, masih ditidurkan selepas pembedahan di kepala... isteri kongsi perkembangan terkini

Sebelum itu, Roy berkongsi rakaman keretanya terbakar selain gambar memperlihatkan kenderaan tersebut hangus.

"Mujur sempat berhenti dan tidak langgar pembahagi jalan. Kereta tersasar sikit tetapi sempat berhenti," ceritanya.

Bercakap lanjut, kata Roy dia baru sahaja mengambil kereta itu dari sebuah bengkel bagi tujuan baik pulih.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain