PELAWAK dan penyampai radio Shuib menamatkan perkhidmatan bersama stesen Suria FM berkuat kuasa 4 Disember 2023 (Isnin). Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abd Majid yang memberitahu Shuib mahu memberi fokus kepada perniagaan miliknya. "Kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu melibatkan kolaborasi untuk beberapa tempoh sahaja. Shuib mengendalikan segmen pagi bersama Suraya dan Ajak. "Shuib ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang. Diharapkan dia terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar pada Isnin. Bagaimanapun DJ Lin juga berharap kolaborasi bersama Shuib akan terus terjalin meskipun tidak lagi terikat di bawah jenama Suria FM. Malah penglibatan Shuib menjayakan segmen Morning Morning Suria sebelum ini dilihat cukup berhasil menerusi elemen-elemen kreatif yang dibawakan. ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki akhirnya terjawab! Shuib sah penyampai baharu Suria FM, kendali segmen ‘Morning Morning Suria’ ARTIKEL BERKAITAN: Shuib jarang muncul di TV bukan sebab ‘demand’ tapi cari keseronokan ketika bekerja "Komitmen Shuib juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami. "Kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib," ujarnya. Shuib diumumkan sebagai penyampai radio Suria FM pada 27 Ogos tahun lalu. Keserasian penyampai segmen Morning Morning Suria menghiburkan pendengar. Dia mengendalikan segmen berkenaan bersama Ajak dan Suraya Borhan. Sementara itu DJ Lin juga memaklumkan pihaknya akan mendedahkan nama penyampai baharu dalam masa terdekat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!