PENYANYI Nikki Palikat lega apabila akhirnya berjaya mendapat tempat kedua pada peringkat separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad. Nikki atau Nicolette Louisa Palikat, 38, berkata, walaupun sedar namanya bukan menjadi sebutan sebagai calon juara namun dia tidak menjadikan perkara itu sebagai tekanan bagi memberikan persembahan terbaik. "Saya sedar dalam ASGV nama saya bukan jadi sebutan dan saya tak mahu jadikan ia sebagai satu tekanan. Setiap minggu Nikki fokus mahu beri persembahan terbaik. "Fokus saya hanya pada tiga minit persembahan di atas pentas... Kalau saya asyik memikirkan perkara lain, ia boleh beri kesan tumpuan saya. "Kritikan dan pujian tidak penting sebab saya tak baca komen di media sosial. Saya lebih suka mencari jalan untuk tenang," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada penyingkiran, 8 peserta bersaing di pentas akhir All Stars Gegar Vaganza ARTIKEL BERKAITAN: Video nyanyi ‘La Bamba’ 7 tahun lalu tersebar, Azharina kumpul bukti dan jumpa peguam Pada peringkat separuh akhir itu, Nikki menyampaikan lagu berjudul Gemuruh nyanyian asal Search dan Wings selain Pelesit Kota (Search). Demi tidak menghampakan sokongan peminat, Nikki sanggup melupakan rasa sakit pada bahagian lulutnya dan sanggup melakukan aksi menggelongsor di atas pentas. Segala kritikan atau pujian semua itu tidak penting. Sebab itu saya tidak membaca komen di sosial media NIKKI PALIKAT PENYANYI Bukan sengaja mahu tunjuk taring, Nikki sebaliknya sentiasa cuba memberi kelainan sepanjang penglibatan dalam ASGV. "Saya tidak ada strategi nak simpan persembahan. Setiap minggu saya cuba buat terbaik. Nikki sedia beraksi di pentas akhir ASGV. "Aksi slide atas pentas pun berlaku secara spontan ketika latihan. Rasa sakit sejak Sabtu tetapi bila jiwa dah masuk saya redah sahaja," ujarnya. Sementara itu, Nikki berkata, dia sudah bersedia memberikan persaingan di peringkat akhir yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 10 Disember ini. Nikki akan menyampaikan lagu berjudul Tragedi Buah Apel (Anita Sarawak) serta berduet bersama Datuk Zainal Abidin menerusi lagu Ikhlas Tapi Jauh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!