SEJAK kebelakangan ini kecoh diperkatakan tentang kemewahan beberapa pempengaruh media sosial hasil daripada mempromosikan judi dalam talian. Malah ada di antara mereka secara terbuka mempromosikan perkara itu kepada pengikut di media sosial. Pelakon Idzham Ismail turut mendedahkan dia pernah menerima tawaran mempromosikan judi atas talian dengan bayaran lumayan. Idzham buat pendedahan di Instastory miliknya. Idzham atau Muhammad Idzham Ismail, 35, berkata, jumlah yang ditawarkan turut membuatkan dia tertarik dengannya. "Mereka tawarkan pada saya banyak kali dengan jumlah yang besar dan sangat menggoda," katanya. Idzham berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: “Hati semakin koyak” - Idzham Ismail sedia angkat kaki, tinggalkan industri jika watak hero pun tiada sambutan ARTIKEL BERKAITAN: Ramai simpati video gerai satay isteri tak laku, Idzham Ismail dedah hanya content... Minta beli sebab sedap bukan kasihan Namun Idzham tidak berkongsi lanjut mengenai jumlah yang diterimanya dalam hantaran tersebut. Menerusi hantaran itu juga, Idzham turut berkongsi keratan portal bertajuk Kemain tunjuk lifesyle macam T20, rupanya... - Individu dedah ramai Instapemes promosi judi online. Dalam pada itu, Idzham berkata, walaupun tawaran dibuat cukup membuatkan dia rambang mata namun menolaknya kerana ia melanggar prinsip dan hukum ditetapkan dalam Islam. "Tapi saya tolak untuk buat... Biarlah tak dapat kaya asalkan rezeki halal. "Saya sentiasa pegang prinsip dan tanggungjawab. Tak nak menjawab dekat akhirat nanti," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!