KEMUNCULAN Ayu Damit menghiburkan tetamu sempena Majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB yang berlangsung pada malam Isnin mencuri perhatian. Mana tidaknya, Ayu baru sahaja bersalin anak keempat pada 2 Disember lalu namun masih kelihatan lincah ketika menyampaikan tiga buah lagu termasuk Hanya Di Mercu yang bernada tinggi. Tetamu kagum dengan kemantapan vokal Ayu dan ada pula bimbang dengan kesihatannya memandangkan baru tiga hari melahirkan anak keempatnya. Ayu kini dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak keempat. Sedar ramai bimbang dengan keadaannya, Ayu atau Norayu Damit, 33, menjelaskan dia tetap muncul kerana sudah berjanji selain tidak menyangka akan bersalin lebih awal berbanding tarikh jangkaan. "Job itu sudah 'lock' awal dan saya pun tak sangka akan bersalin awal. Selepas ini (sepanjang tempoh berpantang) tiada lagi sebab saya sudah tolak semua tawaran. "Saya kena bertanggungjawab sebab jika mahu batal dan cari pengganti mungkin akan menyusahkan penganjur dan sebab itu saya pergi juga," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Damit selamat bersalin anak keempat, ‘baby girl’ lahir awal daripada jangkaan ARTIKEL BERKAITAN: Kandungan sudah masuk 7 bulan, Ayu Damit tak boleh duduk diam... Lepas pantang pun jadual dah penuh Ayu berkata, suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin pada awalnya melarang dia meneruskan persembahan namun memberi izin selepas melihat dia dalam keadaan baik. Jelas Ayu, ini bukan kali pertama dia membuat persembahan ketika sedang berpantang dan bersyukur tiada perkara mudarat berlaku kepada kesihatannya. Saya kena bertanggungjawab sebab jika mahu batal dan cari pengganti mungkin akan menyusahkan penganjur AYU DAMIT PENYANYI "Suami larang bukan hanya sebab saya baru bersalin tetapi kami juga sudah lapan tahun tiada anak kecil, jadi dia agak bimbang. "Syukur semuanya berjalan lancar. Saya pun cuba untuk tidak terlalu banyak bergerak dan ringkaskan persembahan. "Ini bukan kali pertama saya menyanyi dalam tempoh berpantang dan selepas selesai tugas saya terus pulang," jelasnya. Ayu tolak beberapa tawaran menyanyi selepas bersalin. Pada 2 Disember lalu, Ayu mengumumkan selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor. Bayu perempuan seberat 2.3 kilogram ini dilahirkan secara normal pada pukul 1.21 pagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!