SELEPAS mengesahkan kontrak bersama Warner Music Malaysia berakhir pada 31 Disember depan, penyanyi Kaka Azraff memberitahu dia terbuka untuk menerima tawaran daripada mana-mana syarikat rakaman yang ingin melamarnya sebagai artis naungan mereka. Kata Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, dia bersedia untuk bernaung di bawah label muzik lain bagi meneruskan karier seninya sebagai seorang penyanyi. "Kalau ada mana-mana label, saya terbuka," jawabnya ringkas kepada mStar. Kaka ketika ditemui media pada Rabu. Kaka memaklumkan perkara itu ketika ditemui di sidang media berhubung penamatan kontraknya bersama label berkenaan yang diadakan di The Curve, Selangor pada Rabu. Mengulas mengenai penamatan kontrak berkenaan, penyanyi lagu Gila itu mengakui terkilan kerana ia dilakukan dengan cara sedemikian. Malah, Kaka menuntut supaya syarikat tersebut memberikan penjelasan konkrit berkenaan keputusan berkenaan yang dilakukan oleh sebelah pihak tanpa persetujuannya. ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff mahu penjelasan konkrit kontrak ditamatkan, tak terfikir guna saluran undang-undang terhadap Warner Music Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak Kaka Azraff ditamatkan kerana lantang isu Palestin? Netizen serang IG Warner Music "Sebagai salah seorang artis rakaman dan di antara yang paling lama di Warner Music Malaysia, saya seharusya diberikan sebab rasmi yang menjelaskan mengapa pihak pengurusan Warner Music Malaysia memutuskan untuk menamatkan kontrak saya. "Saya tidaklah terkilan apabila kontrak saya ditamatkan kerana saya percaya rezeki Allah itu luas, tapi saya terkilan kerana ia ditamatkan sedemikian rupa, secara tiba-tiba tanpa menyatakan sebab dengan jelas atau sebarang perbincangan," ujarnya. Pada Rabu lalu, Warner Music Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan Kaka bukan lagi artis naungan syarikat rakaman tersebut. Kalau ada mana-mana label, saya terbuka. KAKA AZRAFF PENYANYI Alasan keputusan itu dibuat susulan tindakan penyanyi berkenaan menggunakan perkataan tidak sopan dalam mesej yang dihantar kepada pelakon Australia pro-Israel iaitu Nithaniel Buzolic beberapa minggu lalu. Sebelum ini, nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial, Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin. Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka menghantar mesej kepada Nathaniel. Mesej Kaka yang dihantar kepada pelakon Australia itu. Laman sosial berkenaan juga menjalankan kempen menjatuhkan Kaka dan memperkenalkannya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia. Syarikat rakaman berkenaan menerima kecaman selepas tular berita mendakwa kononnya kontrak penyanyi Kaka ditamatkan berkuat kuasa mulai 31 Disember ini. Pada 13 Oktober lalu, syarikat Warner Music Group memuat naik hantaran Instagram menyatakan sokongan terhadap Israel selain turut melabel Hamas sebagai kumpulan pengganas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!