SELEPAS hampir enam bulan pasangan pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bercerai, isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail tidak pernah berhenti mendoakan kebahagian buat bekas menantunya itu. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Patimah berharap supaya Sarah atau Puteri Sarah Liayana Megat Kamaruddin, 38, memperoleh kebahagiaan yang diinginkan suatu hari nanti. "Semoga kebahagiaan milikmu," tulisnya di Instagram pada Khamis. Yusof dan Patimah sentiasa berada disamping Puteri Sarah. Patimah berkongsi luahan hatinya itu bersama muat naik foto Sarah serta cucu-cucu kesayangannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Patimah yang dilihat sentiasa berada di sisi Sarah meskipun tidak lagi bergelar isteri kepada anaknya itu lagi. Malah, ada juga di antara netizen mengharapkan agar mereka mendapat seorang ibu mentua sebaik Patimah. "Beruntung Sarah dikurniakan mentua yang ikhlas dan baik hati. Mentua seperti ini memang jarang ada. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak jadi kudis pun” - Patimah tetap ‘side’ Puteri Sarah, minta jangan layan ada pihak meroyan ARTIKEL BERKAITAN: Sayu hati ibu Syamsul tengok dua cucu terpaksa lalui perjalanan hidup bersama Puteri Sarah "Bertuahnya Sarah dapat ibu mentua yang baik macam datin... satu dalam sejuta ibu mentua seperti ini. Mesti Sarah pun baik, kalau tak takkanlah mentua sayang macam anak sendiri. "Datin nampak ikhlas sayangkan Sarah. Doakan saya dapat mentua macam datin. Amin," kata mereka. Sebelum ini, tindakan Patimah yang sering mempertahan Puteri Sarah mendapat perhatian serta pujian netizen. Patimah sering mempertahankan Sarah walau apa sahaja keadaan. Malah, Patimah juga pernah menjelaskan dia hanya mempunyai Sarah sebagai menantu dan isteri kepada Syamsul. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4. Bagaimanapun, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!