suria

Jawab panggilan Syamsul ketika sedang live, Ira Kazar panggil ‘ayang’... Bukti masih bahagia suami isteri

Ira tayang kebahagiaan semasa siaran langsung.

GELAGAT isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar ketika bersiaran langsung di TikTok kakanya iaitu Melor Kazar mencuri tumpuan netizen.

Menerusi video dirakam oleh salah seorang pengguna TikTok, kedengaran Ira menjawab panggilan telefon dibuat oleh suaminya, Syamsul dengan begitu manja sekali.

Ia sekali gus menyangkal khabar angin yang mendakwa pasangan berkenaan sudah berpisah.

ira 2

Ira dan Syamsul masih bahagia.

Dalam video tersebut, Ira meminta izin untuk mengundurkan diri kerana mahu menjawab panggilan suami, malah dapat didengar dia memanggil Syamsul dengan panggilan Ayang.

"Sorry sorry, laki (suami) kita call, bye.

"Yang, ayang," katanya.

Bagaimanapun aksi spontan Ira itu tidak disenangi netizen sehinggakan ada beranggapan ia hanyalah lakonan semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Syamsul Yusof sedang terima kifarah, Ira Kazar hanya tersenyum dalam video live Nilam - “Tapi aku tak boleh cakap lebih-lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dekat mana aku buat akaun palsu?” - Ira Kazar bersuara isu ganggu Puteri Sarah, minta isteri Azlan Komeng periksa telefon

"Kalau kelam kabut angkat call ini mesti jarang berlaku, biasa orang ada suami relaks saja.

"Laki kita call... hasil rampas laki orang. Padahal tak ada orang call pun.

"Pura-pura bahagia itu perlu tenaga ya," antara komen netizen.

Kisah antara Syamsul dan Ira sentiasa menjadi perhatian ramai sejak pengarah itu mengumumkan mereka sudah bernikah di Thailand pada 5 Januari lalu.

ira2 - 1

Netizen masih belum senang melihat kebahagiaan Ira.

Kemelut melibatkan Puteri Sarah, Ira dan Syamsul mencetuskan pelbagai spekulasi sebelum ini.

Nama Ira sebelum itu hangat diperkatakan susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan bekas isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Bagaimanapun kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain