suria

Tiada teman, Iman Troye terpaksa beranikan diri memandu sendirian... Sayang nak jual kereta kemalangan

Iman syukur tak cedera teruk semasa kemalangan.

SELEPAS sebulan berdepan trauma untuk memandu kereta, penyanyi Iman Troye berkata dia kini sudah kembali berani memandu bersendirian.

Meskipun masih dalam keadaan trauma, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata dia tetap perlu memandu kenderaan sendiri kerana harus keluar berkerja.

"Dalam trauma pun saya terpaksa juga memandu untuk berkerja kerana tiada orang yang boleh memandu untuk saya kerana mereka pun perlu berkerja.

iman 4

Iman syukur tiada kecederaan yang teruk berlaku.

"Tapi masa awal-awal nak pandu itu saya perlukan seseorang di sebelah saya untuk tengok saya tapi saya tak boleh orang sergah saya... takut saya terkejut.

"Saya masih teringat lagi momen saya kemalangan cuma dah samar-samar sikit," katanya kepada mStar.

Iman berkongsi perkara itu semasa ditemui sidang media Program 'PTTI Pecutan Akhir SPM' NTV7 di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor pada Khamis.

Gara-gara insiden yang berlaku pada awal November lalu, Iman memaklumkan telinga kanannya mengalami bengkak sehingga pendengaran sedikit terjejas namun ia sudah sembuh sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta hilang kawalan ketika hujan lebat, Iman Troye trauma nak memandu

ARTIKEL BERKAITAN: Cincin di jari manis timbul tanda tanya peminat, Iman Troye belum bertunang - “Calon pun tak ada lagi”

"Saya tak demam cuma kaki bengkak dan badan lenguh-lenguh sedikit. Semasa itu, kepala saya terhentak di tingkap dan kemudian air bag keluar, kereta pula keluar asap, saya bawa ke kiri dan keluar dari kenderaan.

"Saya tak ingat apa jadi lepas itu, cuma telinga belah kanan saya berdesing... bunyi belah kanan kurang berbanding belah kiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Iman memberitahu dia turut menerima cadangan supaya menjual kereta tersebut kerana bimbang kejadian yang sama berulang.

Dia bagaimanapun berat hati untuk melakukan tindakan itu kerana sangat menyayangi kereta berkenaan yang sudah hampir dua tahun digunakan.

iman 2

Keadaan kereta Iman semasa terlibat dalam kemalangan.

Malah, kereta yang diberi nama Noah itu masih lagi berada di bangkel untuk proses baik pulih.

"Memang keluarga saya sarankan saya untuk jual kereta itu tapi banyak kenangan saya dengan dia.

"Lagipun itu kereta pertama saya dan saya gunakan untuk mencari rezeki, dengan kereta itulah saya ulang alik untuk latihan Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan bawa baju penuh di dalamnya.

"Saya sayang nak jual, mungkin saya akan simpan dan beli kereta baharu dan bagi adik-beradik guna sahaja," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain