PENYANYI rap MK daripada kumpulan K-Clique memberitahu dia tidak pernah menghalang isterinya iaitu Siti Hajaar untuk menceburi bidang seni. MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, bagaimanapun berkata isterinya itu tidak berminat untuk menjadi seorang pelakon. "Kami akan berbincang mengenai perkara ini dan saya tidak pernah halang dia asalkan perkara itu mengajak kepada kebaikan tiada halangan. Isteri selesa berkerja ditemani MK. "Isteri saya tak minat berlakon... dia kalau nak berlakon pun bergandingan dengan saya. Itu dia nak dan dia suka," katanya kepada mStar. MK berkongsi perkara itu semasa ditemui sidang media Program 'PTTI Pecutan Akhir SPM' NTV7 di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor pada Khamis. Dalam pada itu, MK memaklumkan isterinya ada menerima beberapa tawaran untuk menjadi model iklan produk. Kata MK, dia tidak pernah menghalang isterinya untuk menjadi model bagi mana-mana produk asalkan ia membawa maksud yang baik. ARTIKEL BERKAITAN: [V] MK K-Clique tunjuk perangai sebenar, video hisap puting sekadar momen bahagia bersama isteri... Sabar menanti rezeki zuriat ARTIKEL BERKAITAN: MK makin kelakar, merengek-rengek manja sambil hisap puting pink! Ramai syak ‘hint’ nak timang cahaya mata "Ada yang tawarkan untuk berlakon dalam iklan saja, yang serius macam drama atau filem tak ada lagi. "Iklan pun bergantung kalau macam makanan atau benda baik saya okay dan tiada halangan," kongsinya. Peminat lebih mesra sapa Hajar berbanding MK bila bertemu. Sejak berkahwin dengan Hajar, MK memberitahu Hajar lebih terkenal berbanding dirinya malah sentiasa didekati peminat wanita untuk bergambar. "Isteri saya sekarang lagi popular daripada saya... Tapi dia tak cari populariti itu cuma rasa dihargai, ada orang tegur apabila berjumpa di luar," ujarnya. Untuk rekod, MK dan Hajar atau Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, mendirikan rumah tangga pada 16 Jun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!