PENYANYI Ibnor Riza terpaksa menjalani pembedahan kali kedua susulan masih terdapat pendarahan pada bahagian kepalanya. Berkongsi mengenai perkembangan kesihatan penyanyi itu, isteri kepada Ibnor iaitu Sarimah Sulaiman, 51, memaklumkan pembedahan tersebut berjaya dilakukan pada Selasa, namun suaminya masih belum sedarkan diri. "Apabila doktor lakukan imbasan, mereka dapati ada pendarahan dan air di bahagian kiri pula, jadi sebab itu perlu jalani pembedahan dengan segera. Ibnor masih menerima rawatan di hospital. "Syukur pembedahan berjaya. Walaupun keadaan kesihatannya kurang baik, namun jantungnya masih kuat. Dia masih belum sedarkan diri dan kini sedang menerima rawatan di wad biasa," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Pada 2 Disember lalu, Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, menjalani pembedahan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Unversiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur bagi membuang air pada bahagian kanan kepala. ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza semakin kritikal, belum sedar seminggu selepas pembedahan ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza belum sedar, masih ditidurkan selepas pembedahan di kepala... isteri kongsi perkembangan terkini Selepas pembedahan tersebut, penyanyi itu dilaporkan berada dalam keadaan kiritikal dan tidak sedarkan diri. Tambah Sarimah meskipun suaminya itu tidak sedarkan diri, namun dia dilihat memberikan tindak balas apabila ditegur oleh ahli keluarga. Keluarga mengharapkan doa peminat agar Ibnor kembali sihat. "Memang dia tidak sedar sejak pembedahan sebelum ini. Namun apabila dipanggil namanya saya dapat lihat air matanya mengalir. Seolah-olah dia mendengar saya bercakap. "Saya tahu dia seorang yang kuat semangat. Kami sekeluarga mengharapkan keajaiban dan terus berdoa agar Ibnor kembali sihat," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!