suria

Heliza Helmi solat istikharah sebelum terima tawaran lakonan, teruja dapat kongsi sukan sunnah dalam filem baharu

Heliza dapatkan nasihat guru sebelum terima tawaran berlakon.

LAMA tidak muncul dalam mana-mana drama atau filem, penyanyi dan aktivitis Datin Seri Heliza Helmi memberitahu dia seorang yang teliti dalam memilih tawaran lakonan.

Kata Heliza atau Nur Heliza Helmi, 37, dia mahu memastikan setiap tawaran yang diberikan mampu memberi manfaat kepada penonton agar hasil kerjanya bukan sekadar hiburan kosong.

Malah, dia juga akan berbincang dengan suami serta mendapatkan pandangan guru sebelum membuat keputusan daalam menerima tawaran itu.

heliza helmi 2

Heliza masih aktif dalam dunia seni.

"Kalau terima tawaran saya akan solat istikharah dahulu. Kemudian bincang bersama suami dan keluarga. Saya juga akan dapatkan nasihat guru.

"Sebelum buat keputusan kenalah berbincang secara terperinci. Sekiranya ia memberi manfaat barulah saya akan teruskan," katanya kepada mStar.

Heliza ditemui ketika majlis pelancaran trailer dan lagu tema filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah yang diadakan di Cyberjaya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Heliza Helmi terjaga dari tidur bilik hotel bergegar, kongsi detik cemas gempa bumi 7.4 magnitud di Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan timbul kontroversi punca penerbit ‘Mat Kilau’ gugurkan nama pengarah

Bersetuju menerima tawaran filem berkenaan, Heliza juga tidak menyangka hobinya dalam sukan memanah dan berkuda dapat dikongsikan kepada orang ramai menerusi lakonan.

"Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Tawaran berlakon ini datang ketika saya baru memulakan aktiviti sukan memanah dan berkuda.

"Ketika itu saya berdoa dan berharap agar sukan sunah ini dapat dikongsi kepada lebih ramai orang, jadi tak mungkin saya tolak tawaran berlakon watak dalam filem ini," ujarnya.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Tawaran berlakon ini datang ketika saya baru memulakan aktiviti sukan memanah berkuda

DATIN SERI HELIZA HELMI

PENYANYI/AKTIVIS

Dalam filem itu Heliza membawakan watak Siti iaitu seorang pahlawan wanita yang hebat seni mempertahankan diri selain tangkas memanah sambil berkuda.

Bercerita lanjut, Heliza mengakui ia bukanlah satu cabaran mudah namun dengan bantuan pelakon lain serta kru produksi, dia dapat menghabiskan setiap babak berkenaan.

Malah dia juga melakukan sendiri babak filem tersebut tanpa bantuan pelakon aksi atau stuntman.

heliza helmi 3

Heliza bersama adiknya Hazwani (kiri) sama-sama terlibat dalam filem Pendekar Awang.

"Hanya ada beberapa babak sahaja yang bukan saya lakukan sendiri kerana ketika waktu penggambaran saya sedang mengerjakan ibadah umrah. Selain itu semua saya buat sendiri termasuk aksi berlawan.

"Memanglah ada kecederaan dan apa yang dirancang tidak semua menjadi. Kuda ketika berlakon juga tidak sama dengan ketika saya menjalani latihan jadi ada sedikit kesukaran di situ," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain