suria

Muntah-muntah setiap kali makan... Tom alami alahan teruk, serik tak mahu hamil lagi

Tom dan Fuad bakal menimang cahaya mata pertama pada Februari depan.

MEMASUKI usia kandungan tujuh bulan, penyanyi Tom mendedahkan dia berdepan alahan teruk sehingga mengganggu emosinya.

Malah, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata sehingga kini dia masih lagi mengalami alahan termasuklah muntah-muntah berpanjangan.

"Bila tidak makan, lapar. Bila makan pula, sakit. Tidak tahu nak buat apa dah jadi trauma nak makan dan nak minum. Hari-hari terpaksa muntahkan makanan yang dimakan untuk hilang sakit.

1854094

Tom sering muntah-muntah.

"Muntah pun satu benda yang menyakitkan juga... Makan sikit ke banyak, air manis atau air masak, makanan lembut semua tidak boleh.

"Semua kena muntahkan balik. Kalau tidak memang akan sakit lepas telan (makan) apa-apa," katanya menerusi Instastory pada Khamis.

Serik berdepan alahan itu, Tom memberi bayangan untuk tidak lagi menambah anak selepas melahirkan cahaya mata pertama bersama suaminya, Fuad Rahman yang dijangka lahir pada Februari depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fuad Rahman tak rancang tambah anak, kasihan lihat Tom alami alahan teruk sepanjang hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi Tom tidak stabil, mudah menangis... Fuad dedah punca isteri kongsi video menitis air mata

"Teruknya alahan kali ini... Ini yang terakhir. Tiada lagi. Tidak mampu nak hadap sembilan bulan (kandungan)," ujarnya.

Sebelum ini, Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, turut memberitahu mereka tidak merancang menambah bilangan anak selepas menyambut kelahiran caya mata ini.

Menurut Fuad, ini kerana dia berasa kasihan melihat keadaan Tom yang mengalami alahan teruk sepanjang tujuh bulan kehamilannya.

Tom 1

Tom dan Fuad berkahwin pada 23 Februari lalu.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain