suria

Takut keluarga marah berlakon babak panas, Amir Ahnaf sentiasa profesional di set penggambaran

Amir mengakui takut untuk melakonkan babak panas.

DEMI menjaga nama baik keluarga, pelakon Amir Ahnaf mengakui wujud kebimbangan untuk dia melakonkan babak panas dalam mana-mana drama atau filem.

Kata Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin, 23, dia sentiasa memikirkan perasaan dan reaksi ibu bapanya yang mungkin tidak senang melihat hasil lakonan itu kelak.

"Sebenarnya saya takut untuk melakonkan babak panas kerana bimbang dimarahi keluarga. Saya masih fikir tentang keluarga kerana saya membawa nama baik mereka.

Amir memikirkan keluarga sebelum mengambil tawaran berlakon.

Amir memikirkan keluarga sebelum mengambil tawaran berlakon.

"Sekiranya babak yang dilakonkan menyentuh sensitivi rakyat Malaysia, saya rasa pengarah dari awal lagi akan mengolah babak itu supaya lebih diterima penonton.

"Sebaik dibenarkan oleh pengarah dan penerbit, saya sedia berkhidmat untuk menjayakan karakter yang diberikan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon drama Syurga Itu Bukan Mudah ini berkata dia sentiasa bersikap profesional dalam menjayakan setiap watak yang diberi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi berjoget kena kecam, Amir Ahnaf minta buka minda faham kerjaya anak seni

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf kena kecam gara-gara luah hasrat kembang bakat ke Hollywood... "Saya ni hati tisu juga kadang-kadang"

Kata Amir lagi, apa yang ditonton di televisyen tidak sama seperti apa yang berlaku di set penggambaran.

Malah, jika perlu menjayakan babak berdua-duaan bersama wanita juga turut membabitkan ramai kru di lokasi.

"Saya rasa okay sahaja kerana itu adalah kerja (tanggungjawab berlakon) yang saya buat. Lagi pun bukan hanya saya dengan call girl (watak dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah) itu saja di set penggambaran, semua kru produksi pun ada.

"Seperti yang penonton atau netizen tidak nampak, sebenarnya di belakang kamera itu ada ramai orang. Bukan hanya saya dan pelakon perempuan itu saja, jadi kita kena faham tentang tanggungjawab kerja dan sikap profesional ketika bekerja," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain