suria

Santai nyanyian Naqiu Lagu Terbaik SFMM38 hari ketiga, antara 12 karya mara ke Anugerah Juara Lagu 38

Naqiu menggantikan Faizal Tahir untuk lagu Santai.

SEBANYAK 12 lagu berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) selepas hari ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) berlangsung pada petang Ahad.

Lagu-lagu yang mara ke AJL38 adalah Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul, Sutera (Aisha Retno), Santai (Naqiu), Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Astana (Ernie Zakri) dan Darah (Marsha Milan).

Turut mara ialah Kalam (Shiha), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Bintang (Heal Husaini), Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).

AJL 1

Aina Abdul juga berjaya melangkah ke AJL38.

Santai nyanyian Naqiu dipilih sebagai Lagu Terbaik pada hari ketiga SFMM38 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.

Tidak hanya itu, lagu berkenaan turut menjadi pilihan kategori Pilihan Alha Alfa dengan hadiah wang tunai RM2,000.

Kelayakan tiga penyanyi iaitu Marsha, Aina dan Ernie ke AJL38 turut menjadi perhatian apabila mereka dijangka peserta kegemaran merebut kategori Vokal Terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Karya ciptaan Aisha Retno dan MFMF ‘Sutera’ Lagu Terbaik hari kedua SFMM38

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jangan Mati Rasa Itu’ lagu terbaik hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 38

Kesemua lagu yang mara ke AJL38 diadili juri profesional diketuai Datuk Mokhzani

Ismail, LY, Datuk Wah Iris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

AJL38 bakal berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada tahun depan.

Hari ketiga SFMM38 turut diserikan dengan persembahan kumpulan Search dengan lagu Pelesit Kota.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain