TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Rojak Maznah Ke Tu, pengacara Roslan Shah menyedari akan ada pihak kurang senang dengan nyanyiannya itu. Sedia menerima sebarang kritikan, Roslan, 51, berkata sebagai penghibur niatnya hanya mahu membuatkan peminat gembira tatkala dia menyampaikan lagu tersebut di hadapan umum. "Tidak kisahlah orang nak cakap apa. Sebagai penghibur saya mahu hiburkan peminat. Bukan hanya menjadi pengacara, saya juga boleh menyanyi lagu ini apabila tampil di mana-mana acara. Roslan mahu terus hiburkan peminat. "Sebelum ini pun saya pernah buat persembahan secara terbuka. Ramai yang suka lagu ini kerana rentaknya yang rancak," katanya kepada mStar. Dalam masa sama, Roslan turut meluahkan rasa syukur atas sambutan hebat diterima daripada pendengar apatah lagi sebelum ini lagu tersebut pernah dihina oleh seorang rakan selebriti. ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur rugi RM34,000 Ebit Lew batal hadir acara di Singapura saat akhir, Roslan Shah pula kena menjawab ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah jadi buruan syarikat korporat sebagai pengacara, ikhlas dan tak ‘demand’ rahsia murah rezeki Bagi Roslan, setiap kata-kata kurang baik yang dilemparkan itu menjadi pembakar semangat buat dirinya selain, dapat membantu mempromosikan jualan makanan yang diusahakan. "Rasanya semua orang tahu kisah selebriti itu yang teruk menghina saya. Bukan sahaja hina lagu ini, malah dia juga mengutuk perniagaan saya. Ramai yang suka lagu ini kerana rentaknya yang rancak ROSLAN SHAH PENGACARA/PENYANYI "Dia boleh kata apa sahaja, tetapi sambutan peminat membuktikan sebaliknya. Saya pun tidak pernah terkesan dengan kata-kata dia," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Roslan turut meluahkan rasa teruja apabila lagu ini juga lulus untuk penyiaran di semua stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM). Kata penyanyi asal Singapura ini, ia merupakan satu pencapaian amat bermakna selepas lebih 22 tahun aktif dalam dunia seni. Lagu baru Roslan juga diterima oleh stesen RTM. "Saya dimaklumkan lagu ini akan dimainkan di semua stesen radio RTM. Pastinya saya amat gembira dan terharu kerana hasil kerja saya akhirnya mendapat perhatian. "Sepanjang lebih 22 tahun aktif ini kali pertama lagu saya dimainkan di RTM," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!