SIAPA sangka hubungan persahabatan yang dibina sejak 14 tahun lalu akhirnya menyatukan pelakon Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada menjadi pasangan suami isteri. Menerusi perkongsian di Instagram, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, memuat naik foto-foto lama sewaktu mereka bersama-sama berada di bangku sekolah. Perkongsian Hafidz itu secara tidak langsung membuktikan mereka pernah berkawan rapat sejak berusia 15 tahun. Gambar kenangan Hafidz bersama Athira ketika di bangku sekolah. "Kami mula berkenalan tahun 2009 masa tingkatan 3. Sekejap sahaja masa berlalu. Sekarang sudah 2023... 14 tahun kami kenal," katanya. Pada hantaran berkenaan Hafidz turut mendedahkan hubungan rapat mereka terjalin sehinggalah masing-masing berumur 21 tahun. Pada penghujung video berkenaan, Hafidz juga memuat naik gambar terkini mereka berdua melambangkan cinta kembali bertaut pada tahun 2023. ARTIKEL BERKAITAN: Sentiasa ada ketika susah dan tiada apa-apa, Athira Yuhada cinta pertama Hafidz Roshdi ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi tamat zaman duda, kini suami Athira Yuhada Hafidz sah bergelar suami kepada Athira dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Glass House Event Spave, Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Hafidz selepas sah bercerai dengan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Julai lalu. Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini, Hafidz mendedahkan dia dan Athira adalah cinta pertamanya dan hubungan mereka pernah terputus sebelum ini. Hafidz dan Athira berkahwin pada Jumaat. "Athira terima saya seadanya. Sentiasa ada semasa saya susah. "Kami kembali menjalinkan hubungan dan rancang berkahwin selepas saya dan isteri bercerai," ujarnya. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!