PENYANYI Ernie Zakri sedar pendatang baharu Nadeera tersepit dalam kemelut lagu Astana yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata, Nadeera tidak bersalah dalam hal berkenaan malah penyanyi berkenaan ada menghubunginya di Instagram bagi menjelaskan situasi sebenar. "Dia ada hubungi saya di Instagram sebab kami tiada nombor masing-masing... Panjang mesej yang dihantar dan saya tahu dia juga sedih dengan apa yang berlaku. Ernie mahu lebih fokus kepada AJL38. "Kami tiada apa-apa isu, kami berbaik dan saling bermaaf-maafan. Kami hanya penyanyi yang tersepit dengan keadaan. "Kalau saya jadi Nadeera bagi lagu apa pun saya mahu nyanyi," katanya kepada mStar. Ernie menjelaskan hubungannya dengan Nadeera ketika ditemui selepas selesai hari ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri peminat sejak awal kemunculan, gelar Aina Abdul penyanyi hebat ARTIKEL BERKAITAN: Isu selesai! Syarikat rakaman sepakat henti perbalahan, Ernie Zakri nyanyi ‘Astana’ di SFMM38 Dalam pada itu, Ernie berkata, dia enggan mengungkit lagi kisah membabitkan Astana selepas lagu itu berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) Mac tahun depan. "Sudah pasti saya tertekan dengan kontroversi yang membabitkan lagu Astana, tapi saya tidak mahu ingat semula keadaan itu. "Saya tak sangka perjuangan ini sampai ke AJL... Kalau saya tak lawan untuk lagu ini secara peribadi ada rasa tidak seronok," katanya. Syamel suami kepada Ernie merupakan antara penulis lirik lagu Astana. Sebelum ini, pengumuman Nadeera pengganti Ernie bagi menyanyikan lagu Astana mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat. Bagaimanapun, Rocketfuel dalam satu komen di Instagram mereka menjelaskan keputusan tersebut dibuat adalah atas persetujuan Ernie sendiri yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut. Tampil membidas dakwaan itu, Ernie menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman Rocketfuel yang menyatakan dia enggan untuk menyanyikan lagu tersebut. Isu itu bagaimanapun selesai apabila Rocketfuel dan Universal Music Malaysia setuju menghentikan pertikaian dan Ernie akan menyanyikan sendiri lagu tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!