suria

TV3 dapat surat ‘Budi’ tarik diri SFMM38 Khamis lalu, tak sempat cari pengganti

Sufian jawab pengunduran diri lagu Budi.

PIHAK TV3 mendengar khabar angin penarikan lagu Budi daripada menyertai Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM38) pada Ahad lalu namun hanya menerima surat rasmi mengenainya empat hari kemudian.

Penerbit Eksekutifnya Muhamad Sufian Isa berkata, notis singkat itu menyebabkan mereka gagal mencari karya lain bagi menggantikan tempat berkenaan.

"Pada mereka yang telah terpilih ke separuh akhir, amat dukacita buat kami apabila mereka menarik diri dengan alasan tertentu.

Snapinsta.app_361092748_18376076221007317_535871693367395317_n_1080

Lagu Budi merupakan nyanyian bersama Sufian, Luca Sickta dan Kmy Kmo.

"Lagu Budi menarik diri dengan alasan mereka tidak dapat memberi komitmen kepada SFMM38.

"Kami terima alasan tersebut dan ia terlalu singkat untuk digantikan dengan lagu yang lain jadi kami sebulat suara untuk mengekalkan 29 buah lagu di separuh akhir.

"Mereka maklumkan kepada saya secara verbal pada Ahad lepas tapi surat rasmi kami baru sahaja terima Khamis lalu. Memang kami tak sempat nak cari pengganti," katanya kepada mStar.

Sufian berkongsi perkara itu semasa ditemui di SFMM38 hari ketiga yang berlangsung di Glenmarie Shah Alam pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal beberapa jam sebelum hari ketiga SFMM38, Sufian Suhaimi umum tarik diri

ARTIKEL BERKAITAN: Santai nyanyian Naqiu Lagu Terbaik SFMM38 hari ketiga, antara 12 karya mara ke Anugerah Juara Lagu 38

Sebagai penganjur, Sufian juga memaklumkan dia kecewa dengan pengunduran diri secara mengejut itu sekali gus berharap kejadian berkenaan tidak berulang lagi.

Namun begitu, pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk mengambil tindakan tegas terhadap perkara berkenaan.

"Sebagai stesen penganjur, saya memang mengalu-alukan mereka yang terlibat dalam industri untuk menglibatkan diri dalam Muzik-Muzik 38.

Saya harap perkara sebegini dapat dibincangkan dengan baik.

SUFIAN ISA

PENERBIT EKSEKUTIF TV3

"Apa jua label kami memang galakkan untuk sertai kami.

"Kami tidak akan ambil apa-apa tindakan tegas kerana kami hanya ingin meraikan lagu-lagu yang dalam industri ini.

"Saya harap perkara sebegini dapat dibincangkan dengan baik dan berharap semua orang berlapang dada untuk menyertai program ini pada masa akan datang," ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi Sufian Suhaimi membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri lagi beberapa jam sebelum membuat persembahan di SFMM38.

ss

Kenyataan yang dikeluarkan Sufian Suhaimi.

Perkara itu dikongsikan Sufian di Instastory miliknya tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai keputusan dibuat.

Lagu Budi merupakan nyanyian bersama Sufian, Luca Sickta dan Kmy Kmo.

Bagaimanapun menurut laporan Kosmo, Sufian masih tertanya-tanya alasan utama lagu Budi digugurkan daripada menyertai pertandingan SFMM38 hanya sehari sebelum acara berlangsung.

Katanya dia mendapat tahu mengenai perkara itu saat akhir sehingga perlu menghubungi penganjur untuk mendapatkan pengesahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain