suria

3 tahun Amir Jahari derita kemurungan melampau, wajah keluarga jadi penyelamat

Amir Jahari pernah terfikir untuk membunuh diri.

PENYANYI Amir Jahari mendedahkan pernah cuba mengambil nyawanya sendiri sekitar lima tahun lalu susulan mengalami kemurungan melampau.

Amir atau Mohamad Amirullah Jahari, 31, berkata, dia pernah cuba terjun daripada sebuah jambatan namun imbasan wajah keluarga tersayang membuatkan dia tersedar daripada meneruskan perbuatan itu.

“Saya mengalami kemurungan pada tahun 2018 dan cuba mengambil nyawa sendiri dengan melompat dari sebuah jambatan sebanyak tiga kali.

Amir 1

Amir alami kemurungan pada 2018.

“Alhamdulillah saya tidak teruskan niat itu kerana setiap kali hendak melompat saya terbayang wajah ibu dan bapa saya.

“Kali kedua nampak isteri dan anak selain guru saya Allahyarham Raja Ashman Shah,” katanya kepada mStar.

Amir berkongsi mengenai kisah pahit itu semasa ditemui di hari ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) yang diadakan pada petang Ahad.

Menyedari sesuatu tidak kena dengan kesihatan mentalnya, Amir berkata, selepas kejadian itu dia mendapatkan bantuan perubatan sebelum disahkan mengalami kemurungan melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Jahari minta maaf pada Mas Ermieyati isu lagu Hasrat, janji jaga adab tegur orang lebih berusia

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya akan block...” - Amir Jahari enggan dikenali kerana kontroversi, nasihat orang muda jadi lebih beradab

Dedahnya lagi, tiga tahun dia mendapatkan rawatan selain mengambil ubat-ubatan bagi memulihkan masalah kemurungan.

"Saya nekad dapatkan rawatan dengan kawan saya yang kebetulan seorang doktor.

“Saya menerima rawatan selama tiga tahun dan Alhamdulillah sejak 2021 saya tidak lagi bergantung kepada ubat dan sudah pulih,” jelasnya.

Tambah Amir, album keduanya berjudul Hasrat turut menyelamatkan dirinya mengingati kepada Allah.

Alhamdulillah saya tidak teruskan niat itu kerana setiap kali hendak melompat saya terbayang wajah ibu dan bapa saya.

AMIR JAHARI

PENYANYI

"Album kedua telah menyelamatkan saya, bila dengar album berkenaan buat saya ingat kepada Allah.

"Menulis membantu diri sendiri dan ia terapi kepada saya," ujarnya.

Perbuatan membunuh diri bagi orang beragama Islam adalah haram hukumnya.

Amir 2

Amir antara penyanyi yang layak ke AJL38.

Dalam perkembangan lain, Amir antara 12 peserta yang layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL38) yang bakal berlangsung Mac tahun depan.

Menurut Amir, lagu Hasrat tercipta semasa sedang bersedih kerana bapanya disahkan menghidap kanser paru-paru.

"Saya sedih sebab saya buat lagu ini sewaktu dapat tahu ayah saya dapat sakit kanser dan ayah saya telah meninggal pada tahun lepas," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain