suria

Tunai janji kepada ibu, Michelle Yeoh adakan majlis resepsi ringkas di Ipoh

Majlis resepsi yang diadakan di Ipoh dirai bersama keluarga dan teman rapat.

PELAKON Tan Sri Michelle Yeoh mengotakan janji kepada ibunya iaitu Datin Janet Yeoh untuk mengadakan majlis resepsi meraikan perkahwinnya dengan Jean Todt di kampung halaman di Ipoh, Perak.

Memetik laporan The Star, pemenang anugerah Oscar itu menganjurkan majlis secara ringkas di sebuah restoran di Ipoh pada Ahad lalu.

Majlis tertutup itu dihadiri kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan teman rapat.

yeoh3 - 1

Yeoh menunaikan janji kepada ibunya.

Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, dilihat menggayakan baju tanpa lengan bersama seluar rona hijau manakala Todt, 77, memilih pakaian kasual serba hitam.

Tetamu yang hadir turut dapat melihat poster Yeoh dan Todt dalam filem Tomorrow Never Dives dipamerkan di pintu masuk restoran berkenaan.

Dalam pada itu, terdapat poster yang lain juga memaparkan jemputan perkahwinan pasangan itu yang dihantar kepada tetamu di Geneva, Switzerland.

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh akhirnya kahwin Jean Todt selepas hampir 2 dekad bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Michelle Yeoh kongsi foto perkahwinan, siap muat naik gambar atas katil bersama suami

Ia termasuk nota tulisan tangan yang menunjukkan tarikh 17 Disember menandakan 7,135 hari sejak pertemuan pertama pasangan ini di Shanghai, China iaitu pada 4 Jun 2004.

Sebelum ini, Janet mendedahkan dia tidak mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya itu.

Janet bagaimanapun berharap anaknya itu pulang ke Malaysia dan mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan rakan-rakan.

Yeoh dan Todt mendirikan rumah tangga selepas dua dekad bercinta.

Yeoh dan Todt mendirikan rumah tangga selepas dua dekad bercinta.

Untuk rekod, Todt melamar Yeoh pada 26 Julai 2004 selepas menjalin hubungan cinta selama sebulan setengah.

Pada 27 Julai lalu, Yeoh akhirnya sah bergelar isteri Todt dan pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.

Berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan mempelai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain