suria

Nabila Razali enggan kenang insiden ‘terkucil’ di AJL35, fokus beri persembahan terbaik ‘Selagi Ku Ada’

Amylea anggap Khai dan Nabila seorang penyanyi yang berkerja keras.

PERNAH dikritik hebat semasa menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada tahun 2021, penyanyi Nabila Razali enggan mengenang kembali kenangan pahit itu.

Kata Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, kini dia ingin memberi fokus sepenuhnya kepada lagu Selagi Ku Ada bersama rakan duetnya Khai Bahar di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).

"Tipu kalau saya kata tak trauma tentunya perasaan itu ada tapi saya cuba letak perasaan itu ke tepi dan ingin memberi fokus kepada Selagi Ku Ada.

IMG_9036

Nabila hilang gemuruh berdua bersama Khai di atas pentas.

"Bagi saya yang sudah lepas biarkan berlalu sekarang ini untuk fokus yang di depan dan saya percaya ini lagu yang sangat bagus," katanya kepada mStar.

Nabila berkata dia bersyukur apabila Khai menjadi teman duetnya di atas pentas sekali gus menaikkan lagi semangat untuk memberikan persembahan terbaik.

"Alhamdulillah dengan adanya Khai Bahar, dia pun sangat menyokong dalam nyanyian dan keyakinan saya atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali rasa janggal disapa gelaran ‘puan’, baru sedar rupanya dah kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lamaran bukan gimik, Nabila Razali kongsi tarikh nikah di Instagram

"Sebelum ini keseorangan tapi kali ini berduet," ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila juga bersyukur apabila dirinya masih diberi peluang oleh komposer dan penulis lirik meskipun pernah terkucil semasa menyanyikan lagu sebelum ini.

"Saya hanya mampu bersyukur sahaja, itu kena tanya kepada tuan lagu kerana dia yang beri kepercayaan itu dan peluang," luahnya.

Sementara itu, Amylea Azizan berkata sebagai penulis lirik dia lebih suka berkerjasama dengan penyanyi yang berusaha keras dalam menunjukkan bakatnya.

IMG_9079

Selagi Ku Ada bakal bertanding di AJL38.

Malah dia melihat perkara itu di dalam diri Nabila dan juga Khai sekali gus memuji usaha dua penyanyi berkenaan.

"Sebenarnya bukan nak bagi lagu kepada orang yang paling dahsyat nyanyi ke apa, tapi bagaimana cara awak hasilkan yang terbaik untuk penyanyi itu persembahkan.

"Ini semua mengenai kerja keras tapi mereka berdua sangat rajin dan berusaha keras. Benda ini tak akan jadi kalau sebab lagu itu sahaja yang sedap

"Saya selalu percayakan sesiapa boleh menyanyi tetapi rajin. Walaupun penyanyi itu dahsyat macam mana tapi kalau pemalas takkan ada satu lagu pun boleh naikkan dia," ujarnya.

Untuk info, Sekali Ku Ada nyanyian Khai dan Nabila antara 12 lagu yang layak ke AJL38 yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada Mac tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain