suria

Hormati permintaan keluarga... rupanya ini sebab Imran Aqil dan Dahlia buat lima majlis resepsi

Imran dan Dahlia meraikan tetamu di lima majlis resepsi perkahwinan.

SELEPAS tiga bulan mendirikan rumah tangga, perkahwinan pelakon Imran Aqil dan isterinya Dahlia Rizal masih lagi menjadi bualan netizen apabila pasangan itu selesai menganjurkan majlis resepsi kelima pada Ahad lalu.

Mengulas mengenai majlis resepsi berkenaan, Imran atau Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, berkata dia dan isteri hanya memenuhi permintaan orang tersayang yang ingin meraikan hari bahagianya itu.

Memandangkan dia memiliki keluarga besar selepas penceraian ibu bapa, beberapa majlis berlainan perlu diadakan bagi menghargai setiap mereka.

Imran bersyukur majlis resepsinya turut mendapat tajaan.

Imran bersyukur majlis resepsinya turut mendapat tajaan.

"Sebenarnya saya dan isteri hanya mengikut kehendak keluarga. Lagi pun kami berasal daripada keluarga yang berpecah (bercerai), jadi ibu dan bapa kami ada juga yang sudah berkahwin lain.

"Disebabkan itu masing-masing ingin membuat majlis resepsi untuk belah keluarga mereka. Itulah punca mengapa majlis resepsi kami diadakan sebanyak lima kali.

"Lagi pun saya memang mahu meraikan keluarga dan rakan-rakan yang banyak berikan sokongan kepada kami selama ini," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bertunang, akhirnya Imran Aqil sah bergelar suami kepada Dahlia Rizal

ARTIKEL BERKAITAN: Juarai 'Tepok Bulu', Imran Aqil gugup lawan Duta SO7... Tak sangka satu gelanggang dengan idola

Majlis resepsi kelima pasangan ini berlangsung penuh meriah di Royale Chulan, Damansara, Selangor turut dihadiri isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pada itu, Imran turut menjawab dakwaan netizen yang mengatakan dia dan isteri melakukan pembaziran kerana mengadakan terlalu banyak majlis resepsi.

Kata Imran, dia bersyukur kerana turut menerima tajaan daripada beberapa pihak.

Sebenarnya saya dan isteri hanya mengikut kehendak keluarga. Lagi pun kami berasal daripada keluarga yang berpecah (bercerai).

IMRAN AQIL

PELAKON

Meskipun tanpa tajaan sepenuhnya, namun ia sedikit sebanyak membantu menjadikan majlis resepsi itu nampak sempurna dan gah.

"Alhamdulillah memang rezeki kami, ada sahaja yang ini memberikan tajaan. Majlis kami bukan ditaja sepenuhnya, tetapi kebanyakannya untuk kos-kos yang besar seperti pelamin, dewan acara dan baju pengantin mendapat tajaan.

"Apa yang boleh saya katakan, setiap majlis kami itu ada saja individu yang memberikan tajaan dan selebihnya dibiayai oleh kami sendiri.

imran3 - 1

Rosmah antara tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Imran.

"Saya memang ada baca komen netizen yang risau kami membazir buat sampai lima majlis. Tapi bagi kami ini adalah pengalaman sekali seumur hidup, jadi kami manfaatkan masa yang ada untuk meraikan para tetamu," katanya.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September lalu selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Villa Istana Ayer Keroh Melaka dan diikuti dengan empat lagi majlis resepsi yang diadakan di rumah ibu pengantin perempuan di Melaka dan tiga lagi majlis yang diadakan di Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain