suria

Cantik Ruhainies ‘fitting’ baju pengantin, bagi hint dah nak kahwin… Netizen pula bimbang kena ‘prank’ lagi

Ruhainies hitung hari bergelar raja sehari?

PELAKON Ruhainies seakan-akan memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, terlihat terkejut dan teruja apabila melihat busana berwarna putih yang ditempah buat pertama kali.

Dalam video tersebut, Ruhainies juga dilihat tersenyum gembira saat mengenakan busana pengantin itu.

ruhainies

Ruhainies teruja lihat busana putih impiannya.

Malah baju tersebut direka oleh Fizi Woo yang sememangnya sinonim dengan pakaian pengantin.

"Ruhainies Say I Do, kami sangat teruja dengan awak!" katanya.

Ruhainies juga turut membalas komen berkenaan dengan emoji dan tanda hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan pengacara gurau isu sensitif... Ruhainies tak simpan dalam hati, mahu hidup tenang

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ramai artis berkulit gebu, Ruhainies minta terus sebut nama pelakon cantik terlibat pengubahan wang haram

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut tidak berjaya apabila Ruhainies memaklumkan sedang memandu.

"Saya hubungi semula nanti boleh? Saya tengah memandu sekarang ini," katanya kepada mStar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja jika benar Ruhainies bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

ryh11

Ruhainies masih rahsiakan teman lelakinya.

Namun ada juga berpendapat perkongsiaan video tersebut untuk tujuan promosi produk terbaharu aktres berkenaan.

"Eh macam dah dekat saja? Ruhainies dah nak nikah ke?

"Risau macam prank lagi, ini mesti model Fizi Woo untuk koleksi perkahwinan kan," antara komen netizen.

Sebelum ini, Ruhainies juga pernah memuat naik video gimik seolah-olah dia bakal mendirikan rumah tangga, namun ia hanyalah marketing untuk mempromosikan produk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain