HASRAT usahawan sensasi Iqbal Zulkefli melakukan pembedahan bariatrik terpaksa dilupakan apabila doktor mendapati dia tidak sesuai menjalani prosedur berkenaan. Pakar Perunding Pembedahan Gastrousus dan Obesiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Prof Datuk Dr Nik Ritza Kosai Nik Mahmood menjelaskan ia disebabkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) Iqbal tidak mencukupi sebagai salah satu syarat melakukan pembedahan tersebut. "Saya tengok Iqbal ini taklah besar sangat. BMI Iqbal tidak mencukupi untuk membuat pembedahan bariatrik," katanya. Iqbal berjumpa dengan pakar untuk mendapat nasihat berkenaan pembedahan bariatrik. Iqbal berkongsi video pertemuan dengan Dr Nik Ritza menerusi Instagram miliknya. Bagaimanapun impian mendapat badan idaman tidak terhenti apabila doktor menyarankan Iqbal melakukan kaedah belon gastrik atau Elipse Gastric Balloon bagi menggantikan bariatrik. Malah kata Iqbal, kos kaedah itu juga lebih murah iaitu sekitar RM18,000 hingga RM23,000 selain mampu memberi hasil berkesan dalam usaha menurunkan berat badan. "Saya nekad buat pembedahan bariatrik namun doktor saran kaedah telan belon gastrik. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Aset’ jadi kecil sejak berat badan naik... Iqbal nekad potong usus, sedar ramai wanita tak suka lelaki buncit ARTIKEL BERKAITAN: Isu perbelanjaan RM50,000 sebulan tular ada hikmah, Iqbal dapat idea kongsi tip kewangan "Saya mahu kurus segera, sekurang-kurangnya turun lapan kilogram dalam masa tiga bulan. Kata Prof, itu tidak pelik jika guna kaedah belon gastrik," katanya. Tambah Iqbal, buat masa ini dia masih belum memberi kata putus dan masih meminta pendapat sama ada wajar untuk meneruskan pembedahan bariatrik. "Jika gemuk begini susah saya dapat jodoh. Adakah salah jika saya 'potong' perut? Saya cuma ada masa seminggu sahaja untuk buat keputusan," katanya. Saya mahu kurus segera, sekurang-kurangnya turun lapan kilogram dalam masa tiga bulan. IQBAL ZULKEFLI USAHAWAN SENSASI Difahamkan, belon gastrik dapat membantu menurunkan berat badan individu yang bergelut dengan obesiti (BMI lebih 27.5) sebanyak 10 hingga 20 peratus dalam jangka masa empat bulan. Prosedur ini juga lebih mudah dan selamat di mana pesakit hanya perlu duduk di atas kerusi dan menelan belon gastrik berkenaan. Kemudian bahagian hujung saluran akan diisi air supaya belon yang berada di dalam perut tadi dapat dikembangkan. Posisi belon kemudiannya akan dipastikan dengan x-ray sebelum individu tersebut dibenarkan pulang. Iqbal sedih kerana tubuhnya yang besar sering diperlekeh. Belon ini akan kempis dengan sendiri dalam masa empat bulan dan keluar melalui sistem penghadaman tanpa memerlukan prosedur tambahan. Sebelum ini, Iqbal meluahkan hasrat melakukan pembedahan itu kerana bimbang perubahan saiz zakar disebabkan pertambahan berat badan. Iqbal juga menjelaskan tujuan dia mahu melakukan pembedahan bariatrik bagi mengubah penampilan selain menjaga kesihatan. Tambahnya, dia terdetik melakukan pembedahan itu selepas melihat ramai wanita lebih tertarik kepada lelaki bertubuh kurus. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!