suria

Peminat kecewa tak dapat beli tiket, Siti Nurhaliza tak janji tambah hari konsert

Siti tidak bercadang untuk menambah hari bagi konsertnya yang berlangsung di Axiata Arena.

PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak berjanji untuk menambah persembahan Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza selepas tiket konsert itu habis terjual dalam tempoh dua jam pada Khamis.

Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, perkara itu sukar dilakukan memandangkan tarikh konsert itu menghampiri bulan Ramadan yang dijangka jatuh pada 12 Mac 2024.

Tidak hanya itu, Siti juga mahu memastikan gerak kerja teknikal dan produksi berjalan lancar supaya konsert dianjurkan itu memberi kepuasan kepada peminat.

CTDK 1

Siti terharu kerana tiket konsertnya habis dalam tempoh dua jam sahaja.

"Sedang kami bermesyuarat petang tadi, pihak KL Ticketing menghubungi memaklumkan tiket ke Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza sudah habis dijual. Terharu, tidak percaya dan sebak.

"Tidak berjanji untuk menambah hari persembahan kerana sudah menghampiri Ramadan dan untuk sehari awal juga tidak kerana mahu memastikan gerak kerja teknikal dan produksi lancar pada hari sepatutnya," jelasnya.

Siti memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagramnya sebagai respon permintaan peminat yang kecewa gagal mendapatkan tiket konsert berkenaan.

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai dua jam, tiket konsert ’Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ sold out!

ARTIKEL BERKAITAN: Palestin sedang bergolak, netizen minta tangguh konsert... Siti Nurhaliza sudah fikir semua sudut

Dalam pada itu, Siti mendedahkan konsert itu sepatutnya berlangsung pada Julai lalu namun ia terpaksa ditangguhkan kerana baru selesai menjayakan konsert Satu Suara Volume 3 pada Mei 2023.

"Kami mohon penangguhan dan mendapat tarikh baru dari pihak Perbadanan Stadium Malaysia dan Axiata pada 9 Mac 2024.

"Kami sekadar memberi bayangan bahawa bakal ada konsert pada 2024 tanpa mengumumkannya secara terperinci waktu itu," jelasnya.

CTDK 2

Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza bakal berlangsung di Axiata Arena pada 12 Mac 2024.

Akui Siti, pihaknya juga terpaksa membuat keputusan selepas memikirkan segenap sudut selain yakin apa dilakukan sebagai sebahagian usaha ke arah kebaikan.

"Beberapa ketika kami akui terpaksa membuat keputusan dan memikirkan segenap sudut.

"Kami tidak mahu ada tindakan yang tersalah, keputusan yang silap (mungkin anda juga memahami situasi terkini) lebih-lebih lagi mengadakan konsert atau hiburan.

"Tetapi kami yakin apa kami lakukan adalah sebahagian usaha ke arah apa yang kami sudah usahakan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain