suria

Kesabaran Shikin Maembong menipis dicerca berwajah hodoh, minta pembuli tunggu surat saman

Shikin enggan lagi berdiam diri sekiranya dihina berkenaan wajahnya.

DICERCA mempunyai wajah yang hodoh, isteri kepada penyanyi dan komposer Cat Farish enggan lagi berdiam diri dengan penghinaan dilemparkan terhadapnya.

Enggan berbalah panjang, Shikin Maembong, 40, sebaliknya mahu terus mengambil tindakan saman terhadap individu yang meninggalkan komen berbaur penghinaan kepadanya.

"Orang macam ini tunggu surat saman ya. Ingat polis tak boleh kesan ke ini siapa," katanya.

Shikin 1

Respon Shikin terhadap komen netizen itu.

Shikin memberi respon itu terhadap komen seorang netizen yang memintanya memakai hijab kerana mempunyai wajah yang hodoh di Instagram.

Dalam pada itu, Shikin berkata, dia sudah hilang sabar dengan komen negatif netizen yang disifatkan sebagai pembuli siber.

ARTIKEL BERKAITAN: Shikin Maembong diburu lelaki gatal, siap tawar wang buat panggilan video - “Cat telefon tak jawab pula”

ARTIKEL BERKAITAN: Cat Farish dan Shikin Maembong nikah 14 Julai

Tambah kakak kepada pelakon Emma Maembong itu, dia juga bakal mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Tak tahu la apa yang dia marah sangat. Saya sudah cukup dengan orang yang nak buli saya. Tunggu saya ke SKMM buat laporan," ujarnya.

Shikin 2

Shikin dan Cat Farish sah mendirikan rumah tangga pada 14 Julai lalu.

Sebelum ini Shikin atau Siti Nur' Ashikin Ismail mendedahkan dia menderita masalah saraf iaitu Bell's Palsy yang menyebabkan wajahnya senget sebelah sejak 12 tahun lalu.

Shikin berkata, ramai mencerca wajahnya yang senget sebelum ini dan hanya mampu berdiam diri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain