suria

Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia pertama MMU

Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia.

PELAKON dan pelawak veteran Mat Sentol menerima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada Universiti Multimedia (MMU) pada Majlis Apresiasi Penerima Anugerah Kehormat Permata Dunia 2023.

Mat Sentol atau Abd Rashid Yahaya, 90, berkata, dia berasa terharu atas penghargaan diberikan MMU selain masih ramai mengingatinya sebagai anak seni.

"Pak Mat (panggilan Mat Sentol) rasa sangat gembira kerana ada juga orang yang masih ingat pada Pak Mat.

Mat Sentol popular menerusi filem Mat Karong Guni.

Mat Sentol popular menerusi filem Mat Karong Guni.

"Zaman dahulu buat filem karya seni sinematik, semua buat sendiri. Saya suka mencuba, jadi idea pun datang secara semula jadi," katanya kepada pemberita.

Anugerah diterima pelawak veteran itu merupakan julung kali diperkenalkan MMU bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangannya dalam bidang seni sinematik dan industri kreatif tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran pun perlu cari makan, Mat Over minta produksi jangan bagi 'job' pada kroni sahaja

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap bulan terima berita artis veteran sakit, PKAVM anjur 'Sepanjang Jalan Kenangan' kumpul dana

Dalam pada itu, pelawak veteran ini turut menasihatkan generasi muda agar sentiasa berani untuk menyahut cabaran dalam memajukan diri.

"Kepada anak-anak muda, kalau hendak buat apa-apa, buat sahaja, asalkan ia bukan perkara yang salah atau negatif," katanya.

Mat Sentol hadir bersama-sama anaknya untuk menerima anugerah dan sumbangan wang tunai RM10,000 daripada MMU.

Sebelum ini, anak Mat Sentol iaitu Roslee Rashid memaklumkan kesihatan bapanya berada dalam keadaan baik namun pergerakan sedikit terbatas disebabkan faktor usia.

Pelawak veteran ini pernah membintangi beberapa filem lagenda seperti Mat Bond, Mat Magic, Mat Karong Guni, Mat Toyol dan Mat Tiga Suku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain