PERSONALITI media sosial Coki tidak menyangka ibunya merupakan salah seorang mangsa banjir di Kelantan yang masih terperangkap di loteng rumah. Menurut Coki atau nama sebenarnya Muhammad Danish Daniel, 18, dia tidak mengetahui ibunya pulang ke kampung sehingga dimaklumkan oleh adiknya pada Isnin. "Saya sebenarnya tak tahu ibu saya berada di Rantau Panjang sekarang ini. Saya ada buat siaran langsung tadi... adik saya masuk dalam siaran langsung itu beritahu tak nak tolong mama ke? Antara bangsa banjir di Kelantan yang berjaya diselamatkan. "Saya terkejut terus hubungi dia untuk tahu lebih lanjut. Mak saya sekarang duduk atas loteng ya, tanpa makan dan minum... tak ada elektrik dah dua hari. "Saya dapat tahu dari sepupu-sepupu saya yang banjir kali ini lebih teruk berbanding tahun 2014 punya," katanya ketika dihubungi mStar. Bimbang keadaan itu, Coki bercadang untuk menghantar bantuan segera kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan termasuklah menyelamatkan ibunya yang terkandas. Namun demi keselamatan dia bersama rakan-rakannya, dia terpaksa mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) memandangkan keadaan jalan raya sudah dinaiki air ketika ini. ARTIKEL BERKAITAN: Coki menangis teresak-esak, buat laporan polis diugut lelaki depan rumah ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Peluk wanita dalam kereta, Coki menggigil minta maaf... “Angle kamera nampak lain” Malah dia juga telah mengeluarkan belanja kira-kira RM15,000 untuk membeli barang keperluan mangsa-mangsa banjir. "Kalau ikutkan hati saya memang nak gerak malam ini, tapi kami disekat. Pihak JPAM tak benarkan kerana keadaan terlalu teruk dan jalan nak masuk Rantau Panjang memang disekat. "Kami sedang menunggu surat pelepasan daripada JPAM untuk bergerak hulur bantuan di sana... tak esok mungkin lusa kami akan dapat. "Saya sendiri nak pergi rumah ke rumah bantu orang yang terkandas di dalam rumah," ujarnya. Coki kecewa dengan sikap NGO dan personaliti media sosial. Dalam pada itu, Coki juga meluahkan rasa kecewa apabila pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) termasuklah personaliti media sosial yang kerap menayangkan kemewahan di media sosial tidak peka dengan keadaan mangsa banjir di Kelantan. "Saya sebenarnya geram juga, kenapa ramai NGO-NGO yang tak buka mata, lebih teruk lagi ada NGO yang tak tahu Kelantan sekarang ini banjir teruk. "Dia orang cakap tak viral pun dekat TikTok, takkan dia orang nak tunggu viral dulu baru tolong. "Saya pun bengang juga personaliti media sosial yang selalu beri hadiah tapi bila waktu banjir mereka senyap sahaja. "Takkan nak tunggu air dah surut baru nak tunjuk muka... cuma tolong cuci surau, rumah dan bagi beras apa semua," kongsinya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!