KALENDAR dunia hiburan 2023 tidak terlepas dengan pelbagai kisah kontroversi membabitkan artis tempatan yang menjadi perhatian peminat. Paling mendapat perhatian adalah kisah kahwin dua personaliti media sosial Abang Tesla dan Alif Teega yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan warganet terutamanya wanita. Kisah keluarga Shila Amzah juga turut meraih perhatian selain isu rumah tangga selebriti. Berikut adalah himpunan beberapa kisah kontroversi yang menjadi perhatian sepanjang tahun ini. Puteri Sarah pernah memfailkan saman injunksi terhadap Ira. 1. Puteri Sarah VS keluarga Ira Kazar Umum mengetahui kemelut rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana berantakan susulan diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar. Mendakwa diganggu Ira dan ahli keluarganya, Puteri Sarah pada Januari lalu memfailkan injuksi terhadap keluarga pelakon berkenaan atas dakwaan melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan sebelum itu. Ia berkaitan perintah mahkamah menghalang Ira dan kelurga menganggu selain mengeluarkan sebarang kenyataan tentang dia serta keluarga. Tidak hanya itu, Puteri Sarah juga nekad meneruskan tindakan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan kerana bercakap buruk mengenai dia di media sosial. Bella mendakwa rumah tangganya diganggu Sophia. 2. Sophia Albarakbah 'sondol' Aliff Aziz Dunia hiburan kecoh apabila pelakon Sophia Albarakbah, 30, didakwa menganggu keharmonian rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama. Cinta lokasi di antara mereka didedahkan sendiri Bella yang berkongsi perbualan Sophia mengaku menyukai Aliff selain permohonan maaf dibuat aktres tersebut. Bella turut mendakwa Sophia sering menghubungi Aliff termasuk selepas tamat waktu bekerja. Susulan itu, Bella meletakkan syarat kepada Aliff untuk tidak lagi bergandingan dengan Sophia dalam mana-mana projek selepas ini. Caprice dikenakan perintah injunksi oleh Ebit. 3. Ebit Lew VS Caprice dan Mondy Kontroversi melibatkan aktiviti Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice bermula selepas pempengaruh media sosial Indonesia Mondy Tatto mendedahkan tentang dia menjadi mangsa gangguan seksual lelaki berpewatakan alim. Susulan pendedahan Mondy dalam siri podcast terbitan Caprice, nama Ebit dikaitkan sebagai individu dimaksudkan selepas mereka pernah bekerjasama sebelum ini. Enggan terus namanya dikaitkan, Ebit memfailkan saman terhadap Caprice dan Mondy atas dakwaan fitnah. Ebit memperolah injunksi interim bagi menghalang Caprice dan Mondy daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baiknya. 4. Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah Seminggu sebelum disatukan sebagai suami-isteri, pasangan Syafiq Kyle dan Mimi Lana membatalkan pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu. Pembatalan majlis berkenaan dikatakan disebabkan jadual kedua-dua mereka padat dengan penggambaran. Bagaimanapun sehingga kini, baik Syafiq atau Mimi tidak pernah menjelaskan cerita sebenar di seblaik pembatalan majlis berkenaan. Pasangan itu sepatutnya melangsungkan pernikahan di Bentong, Pahang sebelum diraikan dalam sebuah majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah malam. Untuk rekod, pasangan ini juga pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan itu kembali bersatu. Syafiq dan Mimi juga dilaporkan mengikat tali pertunangan pada Januari lalu. Perkahwinan kedua Abang Tesla turut mendapat perhatian ramai. 5. Abang Tesla kahwin dua Pempengaruh media sosial Abang Tesla teruk dikecam susulan bertindak memuat naik video memaklumkan sudah berkahwin dua serta mendapat keizinan isteri pertamanya di media sosial. Apa membuatkan netizen berang apabila kenyataan berbunyi 'isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' mengundang kebencian terhadap Abang Tesla yang disifatkan sebagai mementingkan diri. Tidak hanya itu, kenyataan akan berkahwin lain sekiranya isteri keduanya tidak dapat memberinya zuriat turut mengundang kemarahan netizen terutamanya dalam kalangan wanita. Bagaimanapun dia menjelaskan anak bukan punca dia berkahwin dua sebaliknya ada faktor dalaman yang tidak dapat didedahkan kepada umum. Kemelut keluarga Shila nampaknya belum berakhir. 6. Shila Amzah halau keluarga Kontroversi melibatkan Shila Amzah dan keluarganya bermula apabila adik perempuannya mendedahkan sedang mencari ruma sewa susulan dihalau daripada rumah milik penyanyi itu di Hulu Langat, Selangor. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memberitahu mahu menjual banglo itu bagi mencari kediaman baharu lebih selesa untuk ibu mereka, Fauizah Sarman selepas bercerai dengan Datuk ND Lala. Isu bertambah panas apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendakwa Shila langsung tidak berbincang dengan mereka keputusan menjual banglo berkenaan. Syafiq mendakwa Shila berniat menjual kediaman itu kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran. Netizen simpati dengan nasib menimpa Aisyah. 7. Aliff Teega kahwin dua Pengakuan pempengaruh media sosial Alif Teega sudah berkahwin dua dengan seorang wanita pada 18 November lalu mengejutkan ramai pihak. Ini kerana Alif dan isteri pertamanya iaitu Aisyah Hijanah dilihat sebagai pasangan bahagia selain sering berkongsi tip kebahagiaan rumah tangga di media sosial. Situasi menjadi tegang apabila ahli keluarga Aisyah menyerang Alif dan menyifatkan lelaki itu sebagai dayus dan tidak berhati perut kerana berkahwin ketika isterinya sedang hamil anak ketiga mereka. Ahli keluarga turut mendakwa Alif pernah mengasari Aisyah selain hubungan dengan isteri keduanya sudah berlarutan lama. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!