suria

Watie Hanifiah kongsi momen pertama kali jumpa ibu mentua, awal-awal mengaku tak pandai siang ikan

Watie berkongsi momen pertama kali bertemu ibu mentua.

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan sebelum berkahwin dia tidak mengetahui cara untuk menyiang ikan.

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkongsi momen pertama kali berjumpa ibu mentuanya iaitu Salamiah Jalani yang sedang menyiang ikan sepat di dapur.

Watie bagaimanapun berterus terang memberitahu dia tidak mengetahui mengenai jenis ikan dan kerja-kerja menyiang.

WATIE1 - 1

Perkongsian Watie di Instastory miliknya.

"Mula-mula masa jumpa mak mentua tengah siang ikan sepat. Ikan tu boleh melompat. Saya siap termencarut lagi.

"Sudahnya saya terus saja. Segala jenis ikan pun saya tidak kenal sangat. Jadi siang ikan sepat tu memang tak pernahlah sebab selalu makan ayam dan daging saja," katanya.

Watie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beg tangan mewah jadi pertikaian netizen, Watie beli guna duit sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali bertentang mata Shuib sewa sebuah 'hall' pawagam, Watie masih ingat suami bau wangi

Dalam pada itu, Watie memberitahu ibu mentuanya bersikap terbuka dengan pengakuan itu dan menyifatkan lebih baik berterus terang daripada berlagak pandai.

"Mak mentua cakap tak mengapa tunjuk bodoh, jangan tak pandai tapi buat-buat pandai.

"Sudahnya semua benda saya cakap saya bodoh, Alhamdulillah selamat dah diterima sebagai menantu," ujarnya.

WATIE3 - 1

Watie bersikap terus-terang sewaktu mula-mula bertemu bakal ibu mentua.

Pun begitu, Watie mengakui selepas berkahwin banyak perkara yang dipelajari dan kini dirinya sudah dapat menguruskan hal rumah tangga dengan baik.

"Tapi lepas kahwin, eh semua benda yang tak boleh jadi boleh.

"Semua benda yang tak pandai jadi pandai," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila dua pengacara sebuah televisyen swasta tidak tahu cara-cara menyiang ikan.

Video pendek yang memaparkan aksi berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen termasuk komen negatif atau sindiran kepada personaliti terbabit.

WATIE2 - 1

Selepas berkahwin Watie kini lebih bijak menguruskan rumah tangga.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Allahyarham isterinya Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain