suria

Kisah wartawan hiburan kritikal di London dapat perhatian Fahmi Fadzil, salur sumbangan segera

Fahmi ambil inisiatif bantu Fiza.

BERITA wartawan hiburan Fiza Kamarudin yang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di London turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Prihatin dengan nasib yang menimpa Fiza atau Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, Fahmi turut meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menyalurkan sumbangan.

Pemberian tersebut dibuat kepada suaminya, Roshdi menerusi Tabung Kasih Hawana yang pernah dilancarkan sebelum ini.

fiza 2

Fiza kini masih menerima rawatan di hospital.

"Saya mengikuti rapat perkembangan saudari Fiza yang kini kritikal di sebuah hospital di London.

"Saya telah minta pihak Bernama untuk menyalurkan bantuan kewangan segera kepada beliau serta suami dan anak-anak," katanya dalam satu kenyataan.

Tabung berkenaan merupakan salah satu inisiatif pihak kementerian bagi membantu wartawan veteran dan bekas pengamal media yang uzur serta berdepan kesukaran hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan hiburan kritikal di London, tak sedarkan diri sebelum pulang ke Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Amyza Aznan sudah sedarkan diri, masih di ICU sebab positif Covid-19

Ia dilancarkkan sempena Sambutan Hari Wartawan Malaysia (Hawana) 2023 pada Mei lalu.

Fahmi dalam masa sama turut mendoakan agar Fiza kembali sihat.

"Di pihak Kementerian Komunikasi, kami turut mendoakan beliau sembuh dan dipermudahkan segala urusan," jelasnya.

Saya mengikuti rapat perkembangan saudari Fiza yang kini kritikal di sebuah hospital di London

FAHMI FADZIL

MENTERI KOMUNIKASI

Terdahulu berita Fiza yang rebah secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London pada Rabu mendapat perhatian banyak pihak.

Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Charing Cross, London.

Dia bersama Roshdi dan dua anak mereka berlepas ke negara berkenaan pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember.

fiza 1

Fiza ke London bersama suami dan anak-anak.

Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) juga melancarkan tabung kecemasan bagi membantu memudahkan urusan Fiza yang masih menerima rawatan di London.

Setakat pukul 8 malam, Khamis hasil kutipan yang berjaya dikumpul berjunmlah lebih kurang RM11,500.

Fiza kini merupakan pengarang di di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU.

Dia juga sebelum ini pernah berkhidmat di Sinar, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Gempak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain