SUAMI kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Khairil Izhar Mohd Nazir sudah sedarkan diri sejak ditidurkan di Hospital Ampang pada Selasa lalu. Perkembangan itu dikongsi rakan pasangan berkenaan yang juga pelakon Didie Alias semasa melawat Khairil di hospital pada Khamis. Didie atau Fadzilah Mohd @ Ali, 51, bagaimanapun memberitahu tidak dapat berkomunikasi lebih lanjut dengan Khairil memandangkan dia masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selain disahkan positif Covid-19. Didie sempat ziarah menggantikan Amyza. "Alhamdulillah dia sudah sedarkan diri tapi saya tak dapat berbual dengan dia sebab Khairil masih lagi dalam ICU dan positif Covid-19... Kami hanya berhubung melalui isyarat tangan saja. "Doktor maklum simptom Khairil disebabkan buah pinggang dan bukannya jantung. Tapi selepas buat dialisis keadaannya semakin membaik," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Didie memberitahu dia berada di hospital bukan sekadar menziarahi Khairil tetapi menggantikan Amyza kerana sahabat baiknya itu terpaksa menjalani penggambaran. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kritikal terpaksa ditidurkan, Amyza Aznan buat keputusan sukar demi selamatkan nyawa ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan diuji lagi... anak kemalangan ketika pulang dari studio rakaman Malah malam semalam (Rabu), dia sempat bertemu dengan Amyza untuk memberi semangat kepadanya. "Saya datang melawat mewakili Amyza sebab dia tengah menjalani penggambaran. "Saya tahu dia berat hati nak pergi penggambaran tapi saya sudah pesan jangan risau sebab saya akan tengok-tengokkan suami dia," ujarnya. Amyza dan Khairil miliki tiga orang cahaya mata bersama. Selasa lalu, Amyza memaklumkan terpaksa membuat keputusan sukar bagi menyelamatkan nyawa suaminya selepas dia ditidurkan akibat sesak nafas. Khairil pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung. Untuk rekod, Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Andre Mikhail, 17, Adrian Adam, 15, dan Ayden Andika, 9. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!