KECEDERAAN ringan dialami akibat kemalangan tidak mematahkan semangat penyanyi dan pelakon Alif Satar untuk meneruskan misi Geng Subuh Macam Jumaat pada 1 Januari nanti. Kata Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33, kejadian yang menimpanya itu hanyalah satu dugaan kecil dan dia hanya perlu berehat sebelum menjelang tarikh berkenaan. "Dugaan kecil sahaja. Perjuangan belum selesai. Insya-Allah dengan rehat cukup masih boleh berjemaah Subuh bersama pada 1 Januari 2024," katanya. Alif ajak lebih ramai peminat untuk solat jemaah di masjid. Alif berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya pada Sabtu. Dia turut memaklumkan keadaan dirinya dalam keadaan baik tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas melakukan pemeriksaan doktor. "Sudah buat pemeriksaan doktor dan semuanya selamat, tiada patah. Masa jatuh kepala sakit dan pening, takut juga ada yang serius tetapi doktor beritahu tiada simptom pendarahan dalaman. ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar kemalangan ketika tunggang motosikal, tidak alami kecederaan serius ARTIKEL BERKAITAN: Ceramah ustaz buat Alif Satar tersentap, Gerakan Subuh Macam Jumaat mahu perbetul diri sendiri... Syukur makin ramai ke masjid "Cuma badan sakit-sakit... semoga buat penghapus dosa. Allah uji sikit sahaja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan," ujarnya. Pada Jumaat, Alif terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya yang terletak di Hartamas, Kuala Lumpur. Kejadian berlaku di Jalan Sri Hartamas sekitar pukul 4.20 petang. Alif anggap kemalangan yang berlaku sebagai dugaan buatnya. Alif yang menunggang motosikal ketika itu hilang kawalan apabila sebuah kereta yang secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri. Disebabkan ingin mengelak kenderaan berkenaan, Alif melanggar bahu jalan dan terjatuh. Sementara itu program Geng Subuh Macam Jumaat merupakan satu inisiatif Alif sendiri untuk mengajak lebih ramai peminat beragama Islam sama-sama hadir ke masjid menunaikan solat berjemaah. Pada 1 Januari nanti, dia juga akan mengadakan acara larian selepas solat berjemaah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!