suria

Reedzwann masuk industri seni selepas dapat ‘green light’ ibu, takut gagal jika tiada restu

Reedzwann enggan ulang kesilapan yang sama lagi.

PERNAH mengalami kegagalan dalam hidup, penyanyi dan komposer Reedzwann menganggap restu ibu sangat penting dalam mencapai sesuatu keinginan dan impian.

Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Kahirol Husni, 23, berkata sebelum ini dia pernah mengabaikan kata-kata ibu kerana terpengaruh ajakan rakan membuatkan dia sentiasa takut melakukan sesuatu tanpa restu.

"Pada awalnya nak jadi penyanyi ibu saya tak izinkan, saya nak masuk Idola Kecil pun tak boleh tapi bila saya bekerja di Cameron Highland saya mula tulis lagu.

2448800

Reedzwann gembira dengan pencapaiannya sekarang.

"Pada 2018 saya mula tulis lagu Cinta Pandang Pertama dan ketika itu juga syarikat rakaman Rusa Music panggil saya untuk jadi artis bawah mereka.

"Dari situ juga saya minta izin ibu saya untuk jadi penyanyi dan komposer, mula-mula ibu saya tak bagi, selagi ibu saya tak izinkan saya tak sign kontrak... nasib baik ada pakcik yang tolong pujuk," katanya ketika dihubungi mStar.

Bercerita mengenai masa depan, Reedzwann berkata ibunya lebih menggalakkan dia menjadi seorang anggota tentera berbanding penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Strategi Reedzwann cipta lagu ada kesinambungan menjadi, ‘Tercipta Satu Senyuman’ dapat 10 juta tontontan

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan anugerah MACP dipertikai... Reedzwann anggap rezeki tiga lagu hit, tanda karya diterima ramai

Ini kerana ramai ahli keluarganya memilih kerjaya anggota beruniform yang dilihat lebih menjamin masa hadapan.

"Dalam keluarga saya, majoriti yang lelaki digalakkan menjadi tentera, perempuan pula jadi cikgu atau ustazah.

"Tapi macam saya lepas kemalangan, sebelah tangan saya bengkok, jadi memang tak ada rezeki nak jadi tentera. Itu yang saya pilih jadi chef," ujarnya.

wann1 - 1

Antara lagu hit Reedzwann yang menjadi kebanggannya.

Bagaimanapun selepas melihat usaha dan minat mendalam terhadap kerjaya seni, pandangan ibu mula berubah dan perlahan-lahan menyokong minatnya.

"Mula-mula dia risau juga tapi Alhamdulillah, selepas kejayaan lagu Adakah Ini Mimpi dia terus percaya dengan bakat saya.

"Sekarang dia sentiasa menyokong karier saya," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain