suria

Guna wajah influencer Korea Selatan jual produk kecantikan, Michael Ang hampir tertipu

Michael tertipu dengan melihat iklan di media sosial.

PENGARAH dan penerbit Michael Ang hampir menjadi mangsa penipuan iklan sebuah produk dipercayai keluaran Korea Selatan.

Michael menjelaskan dia menyedari perkara tersebut selepas menonton video seorang pempengaruh dari negara yang digunakan sebagai model iklan produk berkenaan di TikTok.

Jelas Michael, menerusi video tersebut pempengaruh itu mempromosikan produk berbeza dan bukan seperti di dalam iklan.

"Semua orang tahu saya sangat gilakan produk rawatan kulit. Hampir teracun dengan satu produk ini dekat TikTok, ingatkan betul-betul daripada Korea Selatan.

m3

Michael memang gilakan produk rawatan wajah.

"Tapi tertengok video seorang pempengaruh ini terus tahu ini iklan palsu. Sebab perempuan dalam video tersebut dan gambar dia sedang pakai produk lain dan bukan produk seperti dalam iklan.

"Ini satu penipuan. Macam mana dia orang boleh pakai gambar orang lain untuk produk mereka," katanya.

Michael berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya dengan memaparkan foto pempengaruh Korea Selatan menggunakan produk yang berlainan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam kongsi foto ‘lain macam’ di IG... Michael Ang sengaja uji netizen, minta selidik sebelum buat andaian sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Makilah saya, jangan libat keluarga” - Michael Ang teruk kena kecam gara-gara isu Palestin, netizen kata tak layak jadi Muslim

Bengang dengan perkara tersebut, Michael berharap pemilik produk berkenaan berhenti menipu pengguna kerana ia boleh mengakibatkan masalah lain.

"Siapa pemilik produk ini sudah-sudahlah menipu pembeli. Tak baik dan tak halal okay.

"Jom beritahu satu Malaysia produk ini buat iklan palsu. Tak baik menipu hancurkan kulit kita," kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berkongsi pengalaman hampir sama dengan pengarah berkenaan.

m1

Produk diiklankan berbeza dengan digunakan influencer Korea Selatan.

Rata-rata netizen juga menyarankan untuk membeli produk di tempat lebih selamat bukannya di media sosial.

"Risau ya skincare sekarang, takut produk Malaysia tapi kata buatan Korea Selatan.

"Mike janganlah percaya segala jenis produk. Semua tu marketing dan pembohong jer! Rakyat Malaysia sangat mudah tertipu.

"Terima kasih sebab kongsi, saya pun hampir terpedaya," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain