suria

Tiket ‘Malam Seribu Tahun’ licin dalam tempoh sejam, Imran Ajmain tambah tarikh konsert

Penganjuran konsert Imran mendapat sambutan hangat peminat.

TIKET Konsert Malam Seribu Tahun penyanyi Imran Ajmain licin hanya dalam masa sejam ia dibuka untuk jualan pada Khamis lalu.

Melihat sambutan luar biasa peminat terhadap konsert berkenaan, Imran atau Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain,,42, meluahkan rasa terharu selepas mendapat perkhabaran tersebut.

"Rasa nak menangis tapi nanti konsert lagu sedih. Saya menangis di konsert nanti," katanya.

imran ajmain 3

Imran buka jualan tiket konsert untuk hari kedua.

Imran berkongsi reaksi itu dalam sebuah video yang dimuat naik di lnstagram miliknya.

Pada hantaran sama, penyanyi asal Singapura itu turut menulis kronologi situasi jualan tiket habis terjual sejak ia dibuka pada pukul 3 petang.

Susulan itu, Imran bersama penganjur terus membuat keputusan menambah bilangan hari konsert sebagai tanda penghargaan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lari daripada balada mendayu-dayu, ’Padam Dan Pergi’ tonjol sisi berbeza Imran Ajmain

ARTIKEL BERKAITAN: Reedzwann masuk industri seni selepas dapat ‘green light’ ibu, takut gagal jika tiada restu

Konsert yang bakal berlangsung di The Platform, Menara Ken, Kuala Lumpur pada 3 Februari 2024 ditambah sehari lagi iaitu pada 2 Februari 2024.

Konsert berkenaan bakal berlangsung di The Platform, Menara Ken, Kuala Lumpur.

Sementara itu, pihak penganjur pula dalam satu kenyataan turut berkongsi perasaan teruja dan akan memastikan persembahan Imran nanti satu pengalaman indah buat peminat.

imran ajmain 2

Imran janji persembahan terbaik buat peminat.

"Imran tidak tidur malam nak mulakan rehearsal minggu hadapan," jelas penganjur.

Tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual pada harga RM58, RM88, RM108, RM118 dan RM138.

Ia boleh dibeli menerusi laman web Imran Ajmain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain